KUALA LUMPUR: Dua rangkap pantun di akhir titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa merasmikan Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14 semalam merupakan satu peringatan yang perlu diambil berat oleh semua wakil rakyat.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata pantun itu merupakan pendekatan Seri Paduka dalam memberikan nasihat kepada wakil rakyat mengikut cara Melayu.
"Saya rasa pantun yang dizahirkan Tuanku bukan sebarang pantun. Ia merupakan nasihat kepada Yang Berhormat supaya bersatu hati demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi bertajuk "Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14".
Menurut Shamrahayu semangat bersatu hati dalam kalangan pemimpin merupakan sesuatu yang amat perlu bagi membolehkan negara merencanakan pembangunan ekonomi dan kesihatan awam dalam menghadapi era pasca pandemik COVID-19.
Beliau berkata secara keseluruhan titah ucapan Seri Paduka ketika merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen itu meliputi semua aspek dan ia akan menjadi dasar kepada perbahasan yang bakal berlangsung sepanjang persidangan kali ini.
BACA: 'Cukuplah berpolitik siang dan malam' - Titah Agong kepada Ahli Parlimen
Al-Sultan Abdullah ketika mengakhiri titah semalam menyampaikan dua rangkap pantun yang membawa mesej meminta ahli politik di negara ini supaya fokus kepada usaha menjaga kepentingan rakyat.
Menyelitkan ingatan itu dalam dua rangkap pantun Al-Sultan Abdullah bertitah kerja yang susah akan menjadi senang jika semua bersatu hati.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
![Ambil berat nasihat dalam pantun Seri Paduka - Shamrahayu Ambil berat nasihat dalam pantun Seri Paduka - Shamrahayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606089107_ShamrahayuAbAziz.jpg)
SHAMRAHAYU: Ia bukan sebarang pantun, ia nasihat kepada Yang Berhormat supaya bersatu hati demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ambil berat nasihat dalam pantun Seri Paduka - Shamrahayu Ambil berat nasihat dalam pantun Seri Paduka - Shamrahayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606089107_ShamrahayuAbAziz.jpg)
Ambil berat nasihat dalam pantun Seri Paduka - Shamrahayu
Katanya, pantun itu merupakan pendekatan Seri Paduka dalam memberikan nasihat kepada wakil rakyat mengikut cara Melayu.