KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Di Perak, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda semua daerah di negeri tersebut kecuali Hulu Perak manakala di Selangor, tujuh daerah dijangka berdepan cuaca berkenaan.

Bagi Sarawak pula, lapan daerah dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat manakala di Sabah, Met Malaysia meramalkan lima daerah akan terjejas.

Sementara itu, tiga daerah di Kedah dan dua di Pahang juga diramal berdepan cuaca ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam ini.

Ramalan tersebut dikemas kini pada jam 3.40 petang tadi.