KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 5 petang ini.

Di Perak, kawasan terlibat adalah Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu), Johor (Segamat dan Kluang), Sarawak (Limbang) dan Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod).

-- BERNAMA