Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pembekal barangan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bulan hadapan.
Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya menyedari terdapat segelintir pembekal barangan telah mengeluarkan surat pekeliling kepada peruncit tentang kenaikan harga barang selepas pelaksanaan SST.
"Kami sedang memerhati pembekal-pembekal ini dan kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perlu," katanya selepas merasmikan Karnival "I Love Malaysia" anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Pusat Membeli-belah Sunshine Square di sini pada Ahad.
Beliau berkata pihak kementerian sedang mengikuti perkembangan isu ini dan mereka yang melanggar undang-undang telah dikenal pasti untuk diambil tindakan.
"Saya jangka perkara ini berlaku selepas pertemuan pembekal dengan pihak kastam sebelum ini di mana kini mereka telah mengambil langkah awal tanpa sedari bahawa mereka telah melanggar undang-undang," katanya.
Saifuddin berkata beliau dan pegawai kementerian akan mengadakan pertemuan dengan semua pembekal barangan minggu hadapan untuk mendapatkan maklum balas mereka.
"Saya akan berjumpa dengan mereka sebelum pelaksanaan SST untuk mendapatkan maklum balas mereka agar isu ini dapat diselesai," katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata pihak kementerian masih menunggu senarai barangan yang akan dikenakan SST daripada pihak kastam.
Katanya, pihak kementerian telah bersiap sedia dengan beberapa langkah bagi menjalankan penguatkuasaan dengan lebih teratur selepas pelaksanaan SST.
"Senarai barangan yang akan dikenakan SST ini adalah di bawah bidang kuasa Kastam dan saya percaya mereka akan membuat pengumuman dalam jangka masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018
![Amaran KPDNHEP: Jangan sebar maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST Amaran KPDNHEP: Jangan sebar maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51533601934_SST.jpg)
Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna masih menunggu senarai barangan yang akan dikenakan SST daripada pihak kastam.
![Masyarakat disaran tidak menghakimi biologi Imane Khelif - Pakar Masyarakat disaran tidak menghakimi biologi Imane Khelif - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722729073_tbImaneKhelif.jpg)
Masyarakat disaran tidak menghakimi biologi Imane Khelif - Pakar
Biologi Imane Khelif merupakan kondisi semula jadi dalam perkembangan seksual yang berlaku secara genetik dan bukan disebabkan oleh pilihan atau tindakan mereka.
!['Tiada negara seberani Malaysia sokong Palestin' - Mufti Perlis 'Tiada negara seberani Malaysia sokong Palestin' - Mufti Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722830105_AsriZainul.jpg)
'Tiada negara seberani Malaysia sokong Palestin' - Mufti Perlis
Tiada negara lain yang seberani kerajaan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap isu Palestin dan mengutuk kekejaman Israel yang menyebabkan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Pantau Belanjawan: Sasaran Malaysia menjadi peneraju penjagaan kesihatan utama global 2025
Malaysia di landasan kukuh untuk muncul sebagai destinasi penjagaan kesihatan global utama pada 2025, dengan kejayaan sektor pelancongan penjagaan kesihatan negara mencatatkan hasil sebanyak RM2.25 bilion pada 2023. Apakah kekuatan, cabaran, dan peluang dalam sektor pelancongan penjagaan kesihatan? Bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine IMU University, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan bagi membincangkan strategi untuk memanfaatkan potensi penuh sektor ini.
![Suspek kes culik Albertine Leo direman lagi 6 hari Suspek kes culik Albertine Leo direman lagi 6 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722221698_kespenculikan.jpg)
Suspek kes culik Albertine Leo direman lagi 6 hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berumur 31 tahun dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi di Mahkamah Majisteret Kulai.
![Aplikasi Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya 28 Ogos 2024 Aplikasi Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya 28 Ogos 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722829197_AplikasiMaybankuM.jpg)
Aplikasi Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya 28 Ogos 2024
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman perbankan dalam talian dalam kalangan pengguna.
![Polis buru pemain bola acu senjata terhadap lawan kerana selisih faham Polis buru pemain bola acu senjata terhadap lawan kerana selisih faham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis buru pemain bola acu senjata terhadap lawan kerana selisih faham
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan untuk siasatan lanjut.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 27.62 mata kepada 1,583.43 daripada 1,611.05 pada Jumaat lepas.
![Olimpik Paris 2024: Pemenang pingat emas tidur di taman Olimpik Paris 2024: Pemenang pingat emas tidur di taman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722828146_ThomasCeccon.jpg)
Olimpik Paris 2024: Pemenang pingat emas tidur di taman
Ceccon sebelum ini membuat rungutan secara terbuka mengenai penginapan di Perkampungan Olimpik.
![Meta dipanggil bertemu PM hari ini, beri penjelasan hantaran Palestin diturunkan di media sosial Meta dipanggil bertemu PM hari ini, beri penjelasan hantaran Palestin diturunkan di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722417455_TBPOSTREMOVE.jpg)
Meta dipanggil bertemu PM hari ini, beri penjelasan hantaran Palestin diturunkan di media sosial
Perdana Menteri mahu dengar penjelasan lanjut Meta berhubung beberapa tindakan gangguan serta sekatan ke atas akaun media sosial beliau.
![Olimpik Paris 2024: TPM, Menteri Kabinet ucap tahniah buat Aaron-Wooi Yik peroleh pingat pertama Olimpik Paris 2024: TPM, Menteri Kabinet ucap tahniah buat Aaron-Wooi Yik peroleh pingat pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722812104_Badminton.jpg)
Olimpik Paris 2024: TPM, Menteri Kabinet ucap tahniah buat Aaron-Wooi Yik peroleh pingat pertama
"Kemenangan ini amat bermakna buat Kontinjen Malaysia apabila mereka berjaya menewaskan pasangan Denmark," kata Ahmad Zahid Hamidi.
![Amaran KPDNHEP: Jangan sebar maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST Amaran KPDNHEP: Jangan sebar maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51533601934_SST.jpg)
Amaran KPDNHEP: Jangan sebar maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pembekal barangan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST bulan depan.