PUTRAJAYA: Kelulusan kuota untuk majikan menggaji pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Pengajian Pekerja Asing (PKPPA) akan dibatalkan sekiranya didapati melakukan pemberhentian terhadap pekerja tempatan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau menerusi kenyataan hari ini berkata tindakan majikan atau syarikat yang memberhentikan pekerja tempatan dan menggantikan mereka dengan pekerja asing adalah bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.
Mana-mana majikan atau syarikat yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi setiap satu kesalahan, katanya.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri melaksanakan PKPPA bermula 17 Jan sehingga 31 Mac ini untuk menyegerakan kelulusan permohonan kuota pekerja asing di lima sektor kritikal iaitu perladangan, perkilangan,pembinaan,pertanian dan perkhidmatan (restoran).
Sivakumar berkata KSM telah menerima banyak aduan mengenai syarikat tempatan yang telah mendapat kelulusan kuota pekerja asing dan kemudiannya mengambil tindakan pemberhentian terhadap pekerja tempatan dengan aduan terbaharu melibatkan pemberhentian 102 pekerja tempatan di Pulau Pinang.
"Saya ingin memberi peringatan tegas kepada para majikan dan syarikat tempatan bahawa kelulusan kuota dan kebenaran penggajian pekerja asing kepada mereka adalah bagi menampung kekurangan guna tenaga dan bukan sesekali dijadikan alasan bagi menggantikan pekerja tempatan sedia ada," katanya.
Beliau berkata majikan perlu memberi keutamaan setiap kekosongan pekerjaan yang ada di dalam negara ini kepada rakyat dan pekerja tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023

Sivakumar berkata tindakan majikan atau syarikat yang memberhentikan pekerja tempatan dan menggantikan mereka dengan pekerja asing adalah bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955. - Fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Amaran buat majikan berhentikan pekerja tempatan - Sivakumar
Kelulusan kuota untuk majikan menggaji pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Pengajian Pekerja Asing (PKPPA) akan dibatalkan sekiranya didapati melakukan pemberhentian terhadap pekerja tempatan.