KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memperkenalkan amalan politik secara inklusif bersama pembangkang bagi mencari titik persefahaman, akan membawa lebih kebaikan kepada rakyat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata landskap politik masa kini, menuntut semua pihak untuk menerima realiti kewujudan bersama bertepatan konsep Keluarga Malaysia.
"Kalau dulu yang memerintah dan pembangkang ada jurang yang sangat besar...kita tak boleh duduk semeja, tak boleh berkongsi agenda bersama, masing-masing nak tunjuk dia lebih baik.
"Sekarang, kita cuba tukar dalam suasana falsafah Keluarga Malaysia, kita harus melaksanakan (politik bersifat inklusif) bukan sekadar beretorik," katanya menerusi penampilan pertama bagi program "Bersama Annuar" di Twitter Spaces kendalian Bernama malam ini.
Annuar berkata dalam meraikan perbezaan pendapat semua pihak, kerajaan dan pembangkang perlu bekerjasama agar memastikan situasi politik yang tidak membawa kesejahteraaan dan kebaikan kepada negara dapat dielakkan.
Berbeza dengan situasi politik sebelum ini, Annuar berkata senario politik negara perlu bergerak ke arah politik matang dan mengutamakan keberhasilan, bukan semata-mata politik berpuak, fanatik, bersifat perkauman.
Oleh itu, beliau menyeru pemimpin-pemimpin politik membuka mata dan menerima hakikat untuk mengamalkan politik yang membawa ciri kekeluargaan, meskipun berbeza pendapat terhadap sesuatu perkara.
Ditanya mengenai pelaksanaan Undi 18, beliau menzahirkan keyakinan perkara itu boleh dilaksanakan pada pilihan raya akan datang sekali gus memberi peluang kepada belia untuk melibatkan diri dalam urusan kenegaraan sebagai pemilih dan wakil rakyat.
"Kalau dulu kita anggap 21 tahun sesuai untuk dilibatkan dalam hal-hal kenegaraan dan kalau bawah 21 tahun masih dianggap remaja.
"Sekarang kita dapati tahap kematangan rakyat sudah jauh berbeza dan rakyat cukup berpengetahuan, mempunyai pendedahan dalam bernegara...malah umur 18 sesuai dan boleh libatkan diri dalam kepimpinan," katanya.
Menerusi program yang bersiaran selama satu jam mulai 9 malam ini, Annuar dapat berinteraksi dengan 'followers' atau pengikut Twitter @bernamadotcom yang kini mempunyai lebih 950,000 pengikut.
Program kendalian hos Bernama TV Wan Syahrina Wan Ab Rahman serta peneraju Bernama Radio Hanie Hamid ini akan bersiaran di Twitter Spaces setiap minggu sebanyak 12 episod hingga Disember.
Topik yang akan dirungkai pada minggu hadapan adalah 'Survival Anak Seni'.
Spaces adalah ciri baharu diperkenalkan Twitter untuk pengguna akaun mengadakan perbualan dan perbincangan audio secara langsung bersama pengikut mereka di laman sosial berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata landskap politik masa kini, menuntut semua pihak untuk menerima realiti kewujudan bersama bertepatan konsep Keluarga Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Amalan politik inklusif bawa kebaikan buat rakyat - Annuar
Langkah kerajaan memperkenalkan amalan politik secara inklusif bersama pembangkang bagi mencari titik persefahaman, akan membawa lebih kebaikan kepada rakyat.
Agenda khianat amanah rakyat: Tindakan mahu selamatkan diri - Saifuddin
Rakyat harus berwaspada dengan usaha pihak tertentu yang hanya ingin menjaga kepentingan politik peribadi semata-mata.