Mahkamah Tinggi membenarkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin 30,000 setiap seorang dengan dua penjamin.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikat jamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk menahan pasport mereka dan dilarang menggunakan telefon komunikasi berangkai.
Kedua-dua tertuduh juga dilarang memuat naik sebarang artikel dan gambar yang boleh menghasut dan menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
Peguam bela, Chong Joo Tian berkata syarat ketat tersebut akan dipatuhi anak guamannya.
“Mahkamah telah mengenakan lagi satu syarat tambahan iaitu anak guam saya perlu melaporkan diri di balai polis terdekat sebulan sekali,” kata Chong.
18 Julai lalu Alvin Tan dan Vivian Lee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan.
Ia berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Tertuduh didakwa mengikut subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim sebelum ini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Sebutan semula kes di tetapkan 23 Ogos 2013.
Astro Awani
Thu Jul 25 2013
Kematian Al Fateh: Pengasuh menangis teresak-esak di kandang tertuduh
Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 13 Nov bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
AWANI Ringkas: Jangan normalkan muat naik gambar, video kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyelia restoran didenda RM40,000, mengaku rasuah pegawai Imigresen
Mengikut pertuduhan, Heng didakwa memberi suapan wang tunai RM15,000 kepada seorang pegawai kanan di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak.
Temu Bual Eksklusif dengan Nuholt Huisamen, Pengarah Urusan Levi's Asia Timur Pasifik | Visi $10 Bilion Levi Strauss
Sertai perbincangan eksklusif bersama Nuholt Huisamen, Pengarah Urusan Levi Strauss & Co. Asia Timur Pasifik, mengenai peranan Malaysia dalam visi syarikat bernilai $10 bilion. Ketahui bagaimana Levi's memperluaskan rangkaian runcitnya dengan pembukaan kedai terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC.
Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000
Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum burung parkit Espanyol.
Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lalu akibat sesak nafas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data ekonomi AS mengukuhkan jangkaan kepada penurunan kadar faedah di AS.
[Data & Statistics] The Asia Dow Index USD Overview, 13 September 2024
A complete The Asia Dow Index USD index overview by MarketWatch. View stock market news, stock market data and trading information.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
Ringgit, tutup, dolar AS, Rizab Persekutuan, inflasi AS
FBM KLCI dibuka kukuh dengan kenaikan 4.24 mata kepada 1,644.04 dan bergerak antara 1,637.91 dan 1,649.87 sepanjang hari Khamis. Bagaimana pembukaan FMB KLCI pada Jumaat?