PORT DICKSON: Selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dua tahun lalu, kini empat beradik yatim piatu diuji sekali lagi apabila abang sulung yang menjadi tempat bergantung pula meninggal dunia akibat kemalangan di Jalan Jimah Power Plant di sini pada Selasa.
Kejadian jam 8.20 pagi itu berlaku selepas motosikal ditunggang Muhammad Haidir Rodzi, 25, merempuh bahagian belakang sebuah lori skylift.
Menurut adik Allahyarham, Nurhairieka, 20, fikirannya seolah-olah kosong apabila diberitahu abangnya telah meninggal dunia, ditambah pula ia menjelang sehari genap dua tahun pemergian bapanya.
"Saya sedang tidur waktu itu dan angah (abang kedua) kejut beritahu along (panggilan untuk Muhammad Haidir) dah tiada kerana kemalangan dengan lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa, rasa macam bermimpi pun ada kerana kini along pula tinggalkan kami.
"Nampaknya tanggungjawab saya lebih besar selepas ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di rumahnya di Bandar Sunggala di sini pada Selasa.
Ujarnya, kali terakhir mereka adik beradik berjumpa dengan Allahyarham adalah pada minggu lalu ketika dia datang ke rumah bersama isteri dan anaknya yang baharu berusia tiga bulan.
Pada waktu itu katanya, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik tetapi membawa makanan yang banyak untuk makan bersama.
"Sejak along kahwin, dia tak tinggal bersama kami. Meskipun begitu dia tak pernah lupa datang menjenguk kami.
"Saya boleh katakan dia memang abang yang baik dan telah tunaikan janjinya pada arwah ibu dan ayah untuk menjaga kami sehingga akhir hayatnya," katanya.
Sementara itu abang ipar Allahyarham, Muliadi Muslim, 46, turut menyifatkan Muhammad Haidir sebagai suami dan adik yang baik dan tidak pernah lupa amanahnya terhadap keluarga.
Paling meruntun hati katanya, hasrat Allahyarham untuk membeli kereta baharu untuk kegunaan adik beradiknya tidak kesampaian.
"Kereta peninggalan arwah ibu bapanya rosak. Jadi dia dalam proses menunggu kelulusan pinjaman bank tapi nampaknya ia tak kesampaian," katanya.
Pemergian Muhammad Haidir bukan saja ditangisi ahli keluarga tetapi juga rakan-rakan yang memenuhi rumah keluarga Allahyarham bagi melihat jenazahnya buat kali terakhir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang menunggang motsikal jenis Yamaha 135LC dan lori skylift berkenaan bergerak dari arah Lukut menghala ke Jimah Power Plant di Bukit Pelandok.
"Sebaik tiba di lokasi, lori berkenaan membelok ke kanan simpang menuju ke kawasan pembinaan, namun mangsa dari arah belakang telah merempuh bahagian belakang lori terbabit.
"Rempuhan itu mengakibatkan mangsa alami cedera parah pada bahagian kelapa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Aidi Sham berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 30 2023
Nurhairieka dan neneknya tidak dapat menahan sebak melihat kali terakhir jenazah Allahyarham Muhammad Haidir (Gambar kecil) pada Selasa. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
'Along tunaikan janji jaga kami hingga akhir hayat'
Selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dua tahun lalu, kini empat beradik yatim piatu diuji sekali lagi apabila abang sulung pula meninggal dunia akibat kemalangan.