Jenazah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Muasasah Darul Umum, Pokok Sena, Kedah pada pukul 5.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham tiba di Muasasah pada pukul 4.20 petang dengan ambulan jenazah diiringi polis trafik dan lebih 200 penyokong bermotosikal dari Markas Pas Pokok Sena, Langgar.
Setibanya di situ, jenazah Allahyarham disembahyangkan sekali lagi sebelum majlis pengkembumian disempurnakan.
Kira-kira 10,000 orang hadir di majlis pengkebumian itu termasuk-termasuk beberapa pemimpin PAS dan UMNO.
Antara mereka yang hadir ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Menteri Air, Teknologi Hijau dan Tenaga Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan orang-orang kenamaan yang lain.
Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai seorang yang komited dengan perjuangan Islam.
"Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Abdul Hadi seperi yang dilaporkan HarakahDaily.
Dalam satu kenyataan ringkas, Abdul Hadi menyifatkan pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu satu kehilangan besar buat PAS. Beliau juga menyifatkan Azizan sebagai sahabat, guru dan pemimpin.
“Sama-sama kita mengambil roh semangat Ustaz Azizan yang mendedikasikan hayatnya untuk perjuangan Islam.
“Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT,” katanya.
Sementara itu HarakahDaily juga melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Azizan sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.
“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.
“Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan Azizan sebagai pemimpin PAS yang sangat mencintai perjuangan Islam dan bidang pendidikan.
Katanya, Allahyarham seorang teman yang berfikiran terbuka dan amat memahami naluri segenap lapisan masyarakat.
"Secara peribadi kami pernah bertengkar, menangis dan ketawa bersama, beliau seorang yang bersifat terbuka, kami boleh bersembang beliau faham jiwa orang muda.
Sementara itu, wartawan TV3, Kumaran Rajamoney yang pernah membuat liputan ketika Allahyarham berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah menyifat Allahyarham sebagai seorang yang meletakkan kepentingan negeri dan rakyat, melebihi tuntutan sebagai seorang ahli parti.
"Beliau mengekalkan hubungan baik dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika era kepimpinannya, sekaligus memberikan dimensi baru dalam suasana politik negara yang ketika ini sudah jauh berbeza.
"Ironinya, cara kepimpinan ini juga disegani pemimpin Kerajaan Pusat-BN ketika itu, yang akhirnya memungkinkan Kedah terus disalurkan bantuan dan sokongan.
"Hari ini, bukan hanya ahli PAS meratapi pemergiaan Allahyarham tetapi juga kalangan orang UMNO dan BN. Tan Sri Azizan, contoh terbaik pemimpin berjiwa rakyat dan perlu dicontohi semua pengiat politik," katanya.
Allahyarham kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah di sisi ahli keluarganya dan pimpinan PAS pusat dan Kedah.
Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, Allahyarham menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan dan Shamsiah Shafie dengan 14 orang anak.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Muasasah Darul Ulum bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor.
Azizan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dalam kawasan parlimen Jerai.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dilaporkan turut menziarahi jenazah Allahyarham Azizan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Berikutan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas DUN Kuala Besut.
Pada pilihan raya umum lalu, Azizan berdepan dengan cabaran empat penjuru termasuk sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN. Azizan mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,774 undi.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika dihubungi Astro AWANI turut bersedih atas pemergian Allahyarham Tan Sri Azizan dan menjelaskan pihak kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pengkebumian jenazah Allahyarham.
Astro Awani
Thu Sep 26 2013
![Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak selamat dikebumikan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51367986336_295x200.jpg)
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![BN buat laporan polis berkenaan patung kaki BN buat laporan polis berkenaan patung kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81369104314_295x200.jpg)
BN buat laporan polis berkenaan patung kaki
Barisan nasional (BN) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti itu.
![Muhyiddin mohon maaf jika keluarga Azizan tersinggung Muhyiddin mohon maaf jika keluarga Azizan tersinggung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61381232463_295x200.jpg)
Muhyiddin mohon maaf jika keluarga Azizan tersinggung
Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan MB Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.
![Beri BN peluang untuk berkhidmat, kata TPM Beri BN peluang untuk berkhidmat, kata TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61381232463_295x200.jpg)
Beri BN peluang untuk berkhidmat, kata TPM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pengundi di DUN Sungai Limau memberi kepercayaan dan peluang kepada BN untuk berkhidmat.
![Tawaran BN imbangi keperluan kerohanian dan pembangunan Tawaran BN imbangi keperluan kerohanian dan pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71380813905_295x200.jpg)
Tawaran BN imbangi keperluan kerohanian dan pembangunan
Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan kemahuan penduduk Sungai Limau seimbang antara keperluan pembangunan moden dan keilmuan Islam yang luas.
![PAS akui saingan PRK N20 bakal sengit PAS akui saingan PRK N20 bakal sengit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361431159_295x200.jpg)
PAS akui saingan PRK N20 bakal sengit
PAS akui saingan PRK N20 bakal sengit menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November ini.
![Azizan stabil selepas jalani pembedahan kaki Azizan stabil selepas jalani pembedahan kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81367986570_295x200.jpg)
Azizan stabil selepas jalani pembedahan kaki
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak stabil selepas menjalani pembedahan memotong kedua belah kakinya petang semalam.
![Azizan didesak undur pimpin PAS Kedah Azizan didesak undur pimpin PAS Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71361361976_295x200.jpg)
Azizan didesak undur pimpin PAS Kedah
Ahli PAS di 11 kawasan DUN di Kedah dipercayai sepakat desak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri.