SUNGAI PETANI: Sebagai menghargai khidmat dan pengorbanan Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa kepada negara, Tentera Darat Malaysia (TDM) menganugerahkan kenaikan pangkat Koperal secara 'posthumous' kepada arwah dengan serta-merta.
Pengumuman berkenaan dibuat Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain selepas istiadat pengebumian Allahyarham Mohamad Azrin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, di sini pada Khamis.
"Kemalangan yang menimpa Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa ini merupakan satu kehilangan besar buat negara, pemergiannya sudah pasti akan amat dirasai bukan sahaja oleh keluarga bahkan rakan seperjuangan Allahyarham,
"(Sehubungan itu) sebagai menghargai khidmat bakti Allahyarham, Tentera Darat Malaysia menzahirkan pengangerahan secara "Posthumous" dan Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin bin Mohamad Isa dengan ini dinaikkan ke pangkat Koperal," kata Zamrose.
Menurut beliau, TDM turut menzahirkan ucapan takziah kepada isteri Mohamad Azrin, Nor Aqila Shafiqa Safuan, 22, serta ahli keluarga yang lain atas pemergian Allahyarham yang dianggap kehilangan besar buat negara.
BACA: Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Azrin
BACA: Mayat tentera lemas ketika latihan di Bera ditemui
Zamrose turut memaklumkan bantuan kepada waris Allahyarham Mohamad Azrin akan diberikan berdasarkan peraturan-peraturan angkatan tetap seperti pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain.
Pemberian faedah kelayakan kematian itu akan dianugerahkan kepada balu dan anak serta ibu atau bapa mengambil kira jumlah perkhidmatannya selama lebih tujuh tahun.
Terdahulu, jenazah anggota Tentera Darat Malaysia dari 10 Briged Kompeni PANDURA (Para) itu yang ditemukan lemas pada Rabu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam sekitar pukul 2 petang Khamis.
Jenazah yang tiba di tanah perkuburan sekitar pukul 1.22 tengah hari disempurnakan dengan penuh istiadat ketenteraan termasuk kawalan kehormatan.
Sebelum itu, jenazah Mohamad Azrin disolatkan di Surau Al-Firdaus, Taman Desa Aman, Sungai Petani pada pukul 12.40 tengah hari selepas tiba dari Butterworth, Pulau Pinang dengan menggunakan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
Istiadat pengebumian berkenaan melibatkan anggota dari Unit 19 Rejimen Askar Melayu Diraja Markas Briged Keenam Infantri Malaysia, Kem Lapangan Terbang Tentera Darat, Sungai Petani.
Selain Zamrose, turut hadir pada pengebumian Allahyarham Mohamad Azrin ialah Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.
Allahyarham Mohamad Azrin, yang merupakan anggota Tinjau dari Pasukan Kompeni PANDURA (Para), dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 pada 4.40 petang Ahad lepas.
Semasa kejadian, Allahyarham sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.
Mayat mangsa berusia 27 tahun itu, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, timbul di tebing Kampung Serengkam, daerah Maran, kira-kira 40 kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas.
Abd Hadi Che Awang
Thu Sep 02 2021
![Allahyarham Mohamad Azrin dinaikkan ke pangkat Koperal Allahyarham Mohamad Azrin dinaikkan ke pangkat Koperal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630572348_TBLANSKOPERALjpg.jpg)
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa disempurnakan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Sungai Petani, Kedah pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Allahyarham Mohamad Azrin dinaikkan ke pangkat Koperal Allahyarham Mohamad Azrin dinaikkan ke pangkat Koperal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630572348_TBLANSKOPERALjpg.jpg)
Allahyarham Mohamad Azrin dinaikkan ke pangkat Koperal
Tentera Darat Malaysia menganugerahkan kenaikan pangkat Koperal secara 'posthumous' kepada Allahyarham Mohamad Azrin serta-merta.
![TDM sahkan anggota dikhuatiri lemas ketika latihan di Bera TDM sahkan anggota dikhuatiri lemas ketika latihan di Bera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630323434_TDManggotadikhuat.jpg)
TDM sahkan anggota dikhuatiri lemas ketika latihan di Bera
Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari 10 Briged Para dilaporkan hilang dipercayai lemas di Sungai Pahang pada Ahad.