Tony yang juga pegawai khas menteri kewangan berkata, Alibaba Group lahir selepas Malaysia melancarkan Multimedia Super Corridor (MSC) kira-kira 20 tahun lalu.
Katanya, ketika MSC dilancarkan, China belum mempunyai kemudahan internet sepertimana yang mereka miliki sekarang.
"Ketika itu Malaysia mendahului China kerana negara itu tidak mempunyai internet tetapi selepas 20 tahun China jauh lebih kehadapan berbanding kita.
"Apa yang sebenarnya terjadi dalam ekonomi Malaysia ialah kita tidak maju, negara lain lebih ke hadapan dari kita," katanya dalam program Agenda AWANI 100 Hari Malaysia Baharu.
Pengasas Alibaba Group, Jack Ma berkata, beliau mendapat inspirasi untuk menubuhkan syarikatnya selepas membaca tentang MSC di surat khabar 20 tahun yang lalu.