Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kesal apabila semua usaha yang beliau lakukan untuk kemajuan negeri itu selama ini dikecam oleh sesetengah pihak dan didakwa terlibat dengan rasuah.
Katanya, apa yang beliau lakukan itu adalah untuk memajukan Melaka dan disenangi oleh rakyat.
"Dia (pembangkang) kata semua tak bagus. Jadi, saya tanya rakyat. Takkan saya buat jalan rasuah, saya buat MITC rasuah, buat Sungai Melaka rasuah, buat air terjun rasuah, buat airport rasuah?
"Semua kita buat di Melaka ini dia kata rasuah. Habis saya tanya orang ramai tidakkah saya buat benda ini semua sehingga Melaka jadi negeri nombor satu di Malaysia. Semua kata elok apa yang saya buat," katanya.
Beliau jadi Ketua Menteri Melaka sejak 1999.
Ali Rustam berkata demikian selepas hadir dalam satu majlis bersama pembikin dokumentari yang juga seorang aktivis keamanan di Gaza, Harry Fear di Yayasan Melaka.
Sementara itu, Ali Rustam yakin rakyat Melaka akan sekali lagi mengekalkan mandat kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti dan BN mampu menang dua pertiga kerusi Parlimen.
Kemenangan itu, katanya, akan membolehkan BN terus meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merealisasikan Wawasan 2020.
Dalam pada itu, Ali Rustam yakin semua calon yang bakal dinamakan oleh BN untuk PRU-13 nanti bebas daripada sebarang masalah dan bersih rasuah.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri Beliau yakin senarai semua calon itu juga lepas proses saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Semua bersih. Kita (BN) dari dulu semua pilih calon bersih. Saringan (SPRM) okay. PM akan pilih yang mana, belum (tahu) lagi," katanya.
Media baru-baru ini melaporkan ada empat pemimpin kanan termasuk seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang gagal ujian tapisan SPRM selepas dirujuk oleh parti sebagai calon PRU-13.
Empat pemimpin itu dilaporkan telah dinasihati supaya tidak bertanding dalam PRU-13 nanti dan dijangka akan digugurkan.
Pemimpin BN dan pemerhati politik senada tapisan oleh SPRM itu boleh membantu BN mencari calon yang betul-betul layak dan bersih daripada sebarang tuduhan serta mengelak tohmah.
Astro Awani
Fri Feb 01 2013

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Siapa kata saya hina Cina? - Ali Rustam
Datuk Seri Mohd Ali Rustam menafikan bahawa beliau membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap kaum Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Transformasi Umno beri peluang lebih luas kepada anggota - Ali Rustam
Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan Umno sedang melalui proses transformasi demokrasi lebih luas.

Pinjaman RM85.5 Juta diperuntukkan kepada usahawan Melaka
Sejumlah RM85.5 juta diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Tekun Nasional (Tekun) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai pinjaman perniagaan bagi membantu usahawan di negeri ini.

Kuda dan beruang mati keracunan di Zoo Melaka
Seekor kuda dan beruang matahari ditemui mati di Zoo Melaka dipercayai akibat perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab.

Ali Rustam: Kenyataan Pas keluar Pakatan Rakyat hanya drama
Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu mungkin keluar dari pakatan pembangkang sekadar drama.

Ali Rustam kesal dituduh rasuah
Ketua Menteri Melaka kesal usahanya memajukan negeri selama ini dikecam oleh sesetengah pihak.
Pekida akan terus pertahankan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan terus mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak