MELAKA: Aktiviti tanaman padi melibatkan lebih 30 pesawah di sekitar Kampung Pinang, Batang Tiga di sini dengan keluasan kawasan lebih 145 hektar terjejas ekoran tiada sistem pengairan yang baik selain situasi cuaca panas sejak beberapa bulan lepas.
Ketua Kelompok Pesawah Padi Kampung Pinang Mohd Shakirin Mohd Zan, 37, berkata keadaan itu menyebabkan sawah padi berkenaan kekurangan sumber air, dan kerja membajak serta proses menabur benih yang sepatutnya dilakukan pada April lepas tergendala.
Beliau berkata situasi itu juga menyebabkan sebahagian padi yang ditanam pada musim sebelum ini tidak dapat dituai sehingga bertukar menjadi 'padi bentat' sekali gus merugikan pesawah yang rata-ratanya merupakan pesawah padi sepenuh masa.
"Aktiviti tanaman padi di kawasan ini sepatutnya boleh dilakukan dua kali setahun iaitu pada setiap April dan November, namun kami berdepan dengan situasi kekurangan sumber air sejak lebih 10 tahun lepas.
"Ia bukan sahaja membantutkan aktiviti tanaman padi, malah kualiti padi yang dituai turut rendah selain pesawah turut berdepan dengan risiko lain seperti benih padi rosak, ancaman burung merpati dan tikus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata justeru pesawah padi di kawasan berkenaan berharap kerajaan negeri dapat mempercepat projek pengairan yang dijanjikan sebelum ini atau sekurang-kurangnya membina sebuah longkang konkrit bagi menyalurkan air dari Sungai Klebang ke kawasan sawah terlibat.
Katanya usaha berkenaan penting bukan sahaja menyelamatkan kehidupan pesawah yang bergantung hidup kepada aktiviti tanaman padi malah membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran padi sekali gus menjamin sekuriti makanan negara.
Seorang lagi pesawah Musa Arib, 63, berkata beliau terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membeli tong air untuk memastikan bekalan air dapat dibekalkan ke kawasan sawah miliknya seluas 3.6 hektar.
Beliau berkata selain itu beliau juga terpaksa berdepan risiko kerosakan benih padi sekiranya tanaman itu tidak dapat diusahakan mengikut jadual kerana benih berkenaan hanya mampu bertahan enam bulan sahaja.
"Kami hampir buntu... mohon kerajaan bantulah kami kerana kebanyakan pesawah di sini telah lama mengusahakan tanaman ini dan kami juga membantu kerajaan meningkatkan bekalan makanan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023

Situasi itu juga menyebabkan sebahagian padi yang ditanam pada musim sebelum ini tidak dapat dituai sehingga bertukar menjadi 'padi bentat'. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Kota Belud, Sabah dan Sri Aman, Sarawak yang dijangka sesuai bagi projek penanaman padi.

Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023?
Selepas konsert terakhir lima tahun lalu, peminat setia pasti tidak sabar menanti untuk mengubat kerinduan terhadap figura ini.

Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid
Bila dua nama besar dari dua negara bergabung, tentu sekali ramai yang teruja!

Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia
Sempena ulang tahun jubli perak band popular Indonesia, Padi Reborn bakal rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia.

PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.

Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan
Kalau dua-dua dah single apa salahnya... Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.

Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga
Secara keseluruhanya konsert ini amat berjaya dan menghiburkan, rata-rata yang hadir tersenyum kepuasan.

Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.

Rossa buka hijab kurang disenangi peminat
Rossa teguh memegang pendiriannya dengan membuka hijab tidak lama selepas mengerjakan haji walaupun ianya tidak disenangi para peminatnya.