KUALA LUMPUR: Pasaran buruh dalam negara menyaksikan pemulihan kukuh pascapandemik COVID-19 hasil daripada aktiviti sosioekonomi yang pesat dan pelaksanaan pelbagai inisiatif penstabilan pekerjaan yang berkesan.
Berdasarkan tinjauan sama, walaupun kadar penggangguran masih belum kembali kepada trajektori prapandemik namun indikator pasaran buruh yang lain seperti pewujudan pekerjaan, kekosongan dan pemberhentian pekerja telah mencatatkan pemulihan ketara disumbangkan oleh permintaan buruh yang tinggi dalam semua sektor ekonomi.
"Meskipun kadar pengangguran belia masih mencatat angka dua digit, namun telah menunjukkan trend penurunan," menurut tinjauan itu.
Kadar pengangguran keseluruhan bagi tahun 2022 dijangka antara 3.8 peratus ke 4.0 peratus.
"Momentum pemulihan pasaran buruh dijangka berterusan selaras dengan jangkaan trend pertumbuhan ekonomi yang kekal menggalakkan pada 2023.
"Pertumbuhan dalam semua sektor ekonomi dan keperluan lebih ramai pekerja bagi menyokong permintaan domestik yang tinggi akan mendorong kepada peningkatan permintaan buruh," katanya.
Menurut tinjauan itu, penerusan dasar yang akomodatif untuk memudah cara penyediaan pekerja yang mencukupi bagi menyokong aktiviti perniagaan khususnya dalam industri berintensif buruh akan menggalakkan lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya dalam kalangan belia.
"Justeru jumlah guna tenaga dijangka terus meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada 15.6 juta orang dengan lebih 80 peratus peluang guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.
"Sehubungan itu pengangguran diunjur terus berkurangan kepada 3.5 peratus hingga 3.7 peratus," katanya.
Usaha berterusan untuk menarik pelaburan berkualiti dan mempercepatkan digitalisasi juga akan membolehkan pewujudan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi dan berproduktiviti tinggi dalam ekonomi, katanya.
Langkah tersebut akan menyumbang kepada prospek pendapatan yang lebih baik kepada tenaga kerja dan peningkatan pampasan pekerja secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023

Meskipun kadar pengangguran belia masih mencatat angka dua digit, namun telah menunjukkan trend penurunan. - Gambar hiasan/Bernama

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.

Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso
Kerajaan mencerminkan tekad untuk memangkin pertumbuhan pekerjaan baharu menerusi enam inisiatif akan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam Belanjawan 2024.

PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) hairan apabila difahamkan tiada perkembangan terkini mengenai perjanjian membuka semula pasaran buruh antara Malaysia dan Bangladesh.

Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa
Sebilangan besar sektor ekonomi juga terus mencatat peningkatan guna tenaga sejak Jun 2020.