GEORGE TOWN: Semua aktiviti perniagaan di Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak, di sini, yang terbakar, pagi tadi dihentikan serta-merta.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan selepas lapan lot premis makanan di situ terbakar yang mengakibatkan kemusnahan kira-kira 40 peratus.
Menurut MBPP, satu tapak sementara akan disediakan kepada 18 peniaga yang terjejas bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan masing-masing.
"Atas faktor keselamatan, semua aktiviti perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak yang melibatkan seramai 18 peniaga dihentikan serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
“Bagaimanapun, MBPP akan menyediakan tapak sementara kepada semua peniaga terlibat untuk menjalankan perniagaan," kata MBPP.
Menurut kenyataan itu juga, punca kebakaran masih dalam siasatan dan akan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam tempoh dua minggu.
"Semua orang awam adalah dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," tegas MBPP lagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi tadi, lapan lot premis makanan di Astaka tersebut terbakar.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu kerana sewaktu kejadian, beberapa orang pembantu kedai dikatakan sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan masing-masing.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jan 18 2023
Semua aktiviti perniagaan di Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak, di sini, yang terbakar, pagi tadi dihentikan serta-merta. - Gambar ihsan MBPP
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Aktiviti perniagaan di Astaka Stadium Bandaraya dihentikan sementara
Tapak sementara akan disediakan kepada 18 peniaga yang terjejas bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan.
Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya terbakar
Kebakaran yang berlaku sekitar pukul 7.25 pagi itu mengakibatkan kesemua lot kedai itu mengalami 50 peratus kemusnahan.