KUALA LUMPUR: Aktiviti perladangan yang diusahakan berhampiran penempatan Orang Asli di Johor dibuat atas usaha Orang Asli sendiri, bukan hasil eksploitasi pihak lain.
Namun, Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) mengalu-alukan kehadiran pihak berkuasa sekiranya ingin menyiasat sama ada wujud unsur eksploitasi.
“Tuduhan mengatakan Orang Asli dieksploitasi untuk membuka ladang di hutan simpan adalah tidak benar kerana kami adalah kaum yag hidup dengan tanah atau bertani dari dahulu kala maka keinginan untuk berkebun bukan kerana hasutan orang luar tetapi atas kesedaran sendiri,” kata pengerusinya Dolah Tekoi.
Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau bagaimanapun mengakui bahawa wujudnya konflik apabila tanah hutan simpan negeri digunakan oleh masyarakat Orang Asli, walaupun ia tidak diiktiraf sebagai tanah adat mereka.
"Hutan-hutan ini adalah tanah adat bagi kami kerana ia memang diguna sejak turun temurun sebagai tempat mendapatkan sumber penting seperti perubatan tradisi, upacara keagamaan, makanan, memburu, mencari hasil hutan dan sebagainya,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengiktiraf tanah adat Orang Asli berdasarkan peta yang dirangka oleh masyarakat itu sendiri.
Dolah turut tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengubah status tanah-tanah Orang Asli di Johor menjadi Tanah Kesultanan kerana ia sudah dilindungi bawah Akta Orang Asli dan Kanun Tanah Negara.
Tambahnya, semua pihak berpuas hati dengan peruntukan semasa dalam rangka undang-undang itu yang sudah lama diamalkan baik di negeri Johor mahupun di seluruh negara.
Pada Mac lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri itu dijadikan Tanah Kesultanan bagi mengelakkan Orang Asli diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nailah Huda
Sun Apr 02 2023
![Aktiviti perladangan diusahakan Orang Asli, bukan dieksploitasi - JPOAJ Aktiviti perladangan diusahakan Orang Asli, bukan dieksploitasi - JPOAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680439775_JaringanPerkampunga.jpg)
Aktiviti perladangan yang diusahakan berhampiran penempatan Orang Asli di Johor dibuat atas usaha Orang Asli sendiri, bukan hasil eksploitasi pihak lain, kata Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ).
![Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426323_tbMohamadSabu.jpg)
Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
![Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739426519_GoogleGeminiLive.jpg)
Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
SERY antara usaha KBS untuk perusahaan sosial - Timbalan Menteri KBS
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program Social Entreprenuership Rural Youth (SERY) dianjurkan untuk meningkatkan perusahaan sosial di penempatan terpencil.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Tidak boleh hanya bergantungan pada pembangunan belia"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata agensi dan pertubuhan di Malaysia anjurkan kerjasama yang lebih strategik dan beri tumpuan kepada cabaran belia meningkat dewasa seperti pembangunan ekonomi
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Aktiviti perladangan diusahakan Orang Asli, bukan dieksploitasi - JPOAJ Aktiviti perladangan diusahakan Orang Asli, bukan dieksploitasi - JPOAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680439775_JaringanPerkampunga.jpg)
Aktiviti perladangan diusahakan Orang Asli, bukan dieksploitasi - JPOAJ
Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) mengalu-alukan kehadiran pihak berkuasa sekiranya ingin menyiasat sama ada wujud unsur eksploitasi.