KOTA KINABALU: Aktiviti moreh dan berbuka puasa dikenal pasti menjadi penyumbang kepada dua kluster baharu COVID-19 di Sabah, pada Sabtu.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, dua kluster tersebut adalah Kluster Jalan Kilang Dua di Lahad Datu dan Kluster Umas di Kalabakan.
"Dalam kes Kluster Jalan Kilang Dua, Lahad Datu, penularan jangkitan dipercayai berlaku akibat penggunaan tempat yang tertutup dan sempit ketika para pekerja berbuka puasa.
"Manakala bagi Kluster Umas, Kalabakan pula, hasil penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melakukan aktiviti di masjid seperti berbuka puasa dan pengagihan moreh bersama AJK masjid.
"Kedua-dua kluster ini, pengesanan kontak rapat serta punca jangkitan masih giat dijalankan," katanya dalam kenyataan harian COVID-19 Sabah.
Untuk perkembangan berasingan, Masidi berkata, dua lokaliti terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan di Sabah.
Ia adalah melibatkan lokaliti Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu.
"Untuk jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 64 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,200 kes.
"Sementara satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat May 01 2021

Masidi berkata, dua kluster tersebut adalah Kluster Jalan Kilang Dua di Lahad Datu dan Kluster Umas di Kalabakan.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
[TERKINI] Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

PM Thailand arah tindakan keras di seluruh negara terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik (e-rokok).

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.
Israel hantar kereta kebal ke Tebing Barat
Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan penyerahan tahanan Palestin, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, dihentikan.
Nenek berusia 73 tahun rugi RM4 juta dalam 3 bulan
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di aplikasi Facebook, dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Pengurangan petugas tidak jejaskan kualiti perkhidmatan
Pengurangan lima peratus petugas tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Ramadan: Moreh di tepi pantai jadi pilihan
Menikmati hidangan secara bersila di atas hamparan tikar seperti di rumah dengan ditemani angin pantai.

Solat tarawih dibenarkan di Kelantan - MAIK
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Bilangan jemaah di KL, Putrajaya dan Labuan dibenar mengikut kapasiti masjid bermula esok
Kebenaran itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.