BUKIT MERTAJAM: Padah memfitnah seorang pegawai polis, aktivis masyarakat, Phan Sow Sun didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.
Sow Sun, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memfitnah Inspektor R. Kunes Raw dengan memviralkan tiga video dalam pautan Facebook.
Video tersebut mendakwa anggota berkenaan telah menyalahgunakan kuasa dan tinggal di sebuah rumah tanpa sebarang perjanjian sewa selama dua tahun yang mana tohmahan itu akan merosakkan nama baik tertuduh.
Duda anak tiga itu didakwa melakukan kesalahan itu di B, 08-09 Kondominium BM City, Bukit Mertajam jam 7 pagi pada 26 Mac lepas.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M. Kalaivaanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kalaivaanan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 namun tertuduh meminta jaminan di kurangkan sebanyak RM2,000.
Mohd Zaki kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dan menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula dan serahan dokumen serta lantikan peguam.
Terdahulu, Sow Sun, menarik perhatian apabila merakam kehadiran petugas media yang sedang bertugas membuat liputan kes tersebut menerusi telefon pintarnya
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 23 2021
aktivis masyarakat, Phan Sow Sun didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kerana didakwa memfitnah Inspektor R. Kunes Raw dengan memviralkan tiga video dalam pautan Facebook. - Gambar Astro AWANI
Apa yang merisaukan rakyat Malaysia?
Tahap keyakinan dan kerisauan utama rakyat Malaysia. Sumber : Kenyataan Media IPSOS.
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?
Donald Trump kembali ke White House, sejauh mana janji untuk menghentikan perang ke atas Gaza dapat direalisasikan atau sekadar retorik? Apa pula tumpuan Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh 11 November ini? Cadangan resolusi penyingkiran Israel daripada UN, adakah semudah dijangka? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam
Polis bunuh pelajar: Analisis kimia dapati motosikal berlanggar dengan Ativa
Analisis itu mendapati terdapat perpindahan bahan bukti yang diambil daripada kedua-dua kenderaan berkenaan.
Sanusi mohon maaf, akui hubungan Kedah-Pusat bertambah baik
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui hubungan antara kerajaan negeri pimpinannya dengan Kerajaan Persekutuan bertambah baik terutama membabitkan projek-projek pembangunan di negeri Jelapang Padi demi manfaat keseluruhan penduduknya.
Dua beranak maut ditikam di kawasan apartmen
Dua beranak maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang pada Khamis.
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Polis siasat pemilik akaun media sosial hina perdana menteri
Polis menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook kerana disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lam Thye terbit buku biografi kisah kehidupannya
Katanya, ia ditulis bukan untuk mengangkat namanya semata-mata tetapi boleh menjadi sumber rujukan dan inspirasi untuk anak muda.
Aktivis masyarakat mengaku tidak bersalah fitnah pegawai polis
Tertuduh didakwa memfitnah Inspektor R. Kunes Raw dengan memviralkan tiga video dalam pautan Facebook.
Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina
Bantuan berupa beras dan gula itu disampaikan kepada 45 keluarga dalam satu majlis serba ringkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.