KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Kanan Kumpulan Aker Engineering Malaysia Ahmad Hatta Kamaruzzaman hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengelirukan Pendaftar Syarikat melalui satu pernyataan palsu, lima tahun lepas.
Turut bebas ialah Pengarah Aker Engineering Malaysia Mohd Yusof Ab Rahman yang didakwa menggunakan dokumen palsu bagi pembaharuan lesen daripada sebuah syarikat minyak dan gas pada 2018.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang membenarkan permohonan Ahmad Hatta, 51, dan Mohd Yusof, 55, untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka.
Hakim Muhammad Jamil, dalam penghakiman ringkasnya berkata mahkamah mendapati pertuduhan dihadapi kedua-dua pemohon adalah tidak berasas.
"Mahkamah juga mendapati alasan Ahmad Hatta bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak pernah dikelirukan mempunyai merit," kata hakim itu.
Bagi Mohd Yusof, hakim itu berpendapat pertuduhan dihadapi pemohon di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan adalah cacat.
"Ini kerana kesalahan dilakukan melalui orang lain adalah kesalahan yang tidak diperuntukkan di bawah undang-undang," kata Muhammad Jamil.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Hatta didakwa mengelirukan Pendaftar Syarikat dengan satu pernyataan palsu berkenaan butir material di dalam Annual Return of Company Having Share Capital Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd bertarikh 19 Mei 2017 iaitu dokumen yang dikehendaki diserah simpan kepada Pendaftar Syarikat menurut peruntukan Seksyen 68 Akta Syarikat 2016.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada Jun 2017 di Menara SSM @ Sentral, No 7 Jalan Stesen Sentral 5 di sini mengikut Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM3 juta jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Berkembar Petronas pada 26 April 2018 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kedua-dua pemohon diwakili peguam Amer Hamzah Arshad.
Selepas prosiding di Mahkamah Tinggi selesai, pihak pendakwaan dan pembelaan memaklumkan kepada dua hakim Mahkamah Sesyen, yang mendengar perbicaraan kes Ahmad Hatta dan Mohd Yusof berhubung keputusan hari ini.
Hakim Azura Alwi dan Rozina Ayob, yang merekodkan perintah Mahkamah Tinggi, turut memerintahkan wang jaminan RM10,000 setiap seorang dikembalikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Ahmad Hatta ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 11 Jun 2021. - Gambar fail BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Akta Syarikat: Timbalan Presiden Kanan Aker Engineering lepas, bebas
Turut bebas, Mohd Yusof yang didakwa menggunakan dokumen palsu bagi pembaharuan lesen daripada sebuah syarikat minyak dan gas pada 2018.
Timbalan presiden kanan syarikat kejuruteraan didakwa perdaya syarikat minyak dan gas
Seorang timbalan presiden kanan di sebuah syarikat kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan memperdaya dan menipu sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka.