PUTRAJAYA: Akta Omnibus dijangka akan digubal pada tahun ini bagi membenarkan perkongsian data dan penyimpanan awan dalam kalangan agensi kerajaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.
Beliau berkata pelaksanaan integrasi data daripada setiap agensi kerajaan perlu disokong melalui punca kuasa perundangan perkongsian data yang kukuh dan mampan.
Menurutnya, setiap pangkalan data tertakluk kepada peraturan dan akta yang berkaitan menyebabkan kesukaran dalam perkongsian data antara agensi.
"Sebahagian pangkalan data yang sedia ada pula lebih bersifat silo dan 'non-interoperable' antara satu sama lain.
"Keadaan ini menyulitkan perkongsian dan pengintegrasian data serta menyebabkan proses penyelarasan data PADU mengambil masa yang panjang," katanya dalam ucapan pembukaan sempena majlis peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini.
Bagi menangani cabaran tersebut, Nor Azmie berkata sesi libat urus yang berterusan di pelbagai peringkat, termasuk oleh menterinya, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali telah diadakan.
Memorandum persefahaman turut diadakan bersama agensi berkaitan bagi membolehkan perkongsian data, katanya.
"Risiko keselamatan dan kebocoran maklumat terperingkat juga sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Oleh itu, aspek keselamatan data dan siber turut diberi perhatian serius melalui pengukuhan pembangunan sistem serta kerjasama strategik dengan semua pihak yang berkaitan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pembangunan PADU akan melalui beberapa fasa yang turut melibatkan pengumpulan data pentadbiran bagi pembangunan PADU yang tertumpu kepada kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pangkalan data masing-masing pada fasa pertama.
Setakat ini, katanya sebahagian besar agensi di peringkat Persekutuan telah bersetuju untuk membekalkan data termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Tenaga Nasional Bhd.
"Selain itu, PADU juga memerlukan beberapa maklumat penting daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
"Berdasarkan jurang digital yang masih wujud, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman, kita menjangkakan akan ada sebahagian rakyat yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan Internet.
"Perkara ini telah diambil kira dalam perancangan pelaksanaan PADU melalui penyediaan perkhidmatan kaunter khusus yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing," katanya.
Buat masa ini, pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Operasi Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) selain pasukan petugas khusus juga akan diwujudkan bagi membantu individu yang berada di kawasan jauh terpencil dan tidak mempunyai akses Internet.
"Pasukan ini akan dilengkapi dengan perkhidmatan Starlink bagi membolehkan pendaftaran dilaksanakan secara dalam talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
![Akta Omnibus akan digubal tahun ini - Kementerian Ekonomi Akta Omnibus akan digubal tahun ini - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704171181_TBhshjpg.jpg)
Nor Azmie berkata pelaksanaan integrasi data daripada setiap agensi kerajaan perlu disokong melalui punca kuasa perundangan perkongsian data yang kukuh dan mampan. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Akta Omnibus akan digubal tahun ini - Kementerian Ekonomi Akta Omnibus akan digubal tahun ini - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704171181_TBhshjpg.jpg)
Akta Omnibus akan digubal tahun ini - Kementerian Ekonomi
Akta Omnibus dijangka akan digubal pada tahun ini bagi membenarkan perkongsian data dan penyimpanan awan dalam kalangan agensi kerajaan.