KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara sedang menggubal akta baharu yang dikenali sebagai Akta Muzium bagi mengawal selia aktiviti berkaitan muzium di seluruh negara.
Menteri berkenaan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, akta yang antara lain akan mewajibkan setiap muzium mendaftarkan semua koleksi negara bagi tujuan rujukan dan penetapan standard dalam setiap pameran, dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.
"Kita ingin adakan Akta Muzium untuk memelihara kehendak muzium ini supaya kita boleh adakan apa yang kita hendak untuk muzium pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 60 Tahun Muzium Negara dan melancarkan kapsul masa di sini pada Jumaat.
Kapsul masa yang mengumpulkan koleksi suara, harapan dan impian warga muzium bagi masa hadapan, akan dibuka pada 2063 ketika sambutan Muzium Negara yang ke-100.
Ketika ini semua muzium di seluruh negara bergantung kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) iaitu akta penguatkuasaan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan tanah air.
Dalam perkembangan lain, Aaron berkata, Jabatan Muzium Malaysia akan memulakan kaedah pembayaran tanpa tunai bagi pembelian tiket masuk ke premis berkenaan di seluruh negara dalam masa terdekat.
Beliau turut mengumumkan tiket masuk percuma ke Muzium Negara selama tiga hari bagi warga Malaysia pada 2 dan 3 Sept serta pada 16 Sept sempena Hari Malaysia 2023.
Sempena sambutan 60 Tahun Muzium Negara, dua pameran utama diadakan iaitu Pameran 60 Tahun Muzium Negara: Satu Retrospektif yang memaparkan perjalanan Muzium Negara sepanjang enam dekat bermula 1963.
Satu lagi pameran adalah Pameran Malaysia Tanah Airku yang merupakan satu interpretasi menggambarkan aspek sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi Malaysia melalui persembahan panel grafik serta budaya material seperti artifak.
Sementara itu, menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Aaron berkata, Muzium Negara telah berjaya mengadakan lebih 500 pameran dan menerima kehadiran 80,759,578 orang pelawat setakat ini.
"Kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan Negara akan sentiasa mengutamakan agenda untuk menjadikan muzium sebagai platform integrasi kaum, sesuai dengan fungsinya sebagai 'guardian of heritage'," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Aaron berkata, akta yang antara lain akan mewajibkan setiap muzium mendaftarkan semua koleksi negara bagi tujuan rujukan dan penetapan standard dalam setiap pameran. - Gambar fail/Bernama
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Akta Muzium digubal untuk kawal selia muzium - Aaron
Akta baharu yang dikenali sebagai Akta Muzium bagi mengawal selia aktiviti berkaitan muzium di seluruh negara.