SUDAH sampai masanya negara kita memiliki sebuah akta khusus yang boleh melindungi semua pekerja daripada sebarang bentuk diskriminasi yang boleh berlaku terhadap diri mereka di tempat kerja. Kewujudan akta khusus yang melarang diskriminasi di tempat kerja terbabit dilihat kini menjadi satu keperluan untuk dilaksanakan dalam negara kita bagi membendung sebarang perkara berbangkit berkaitan dengan diskriminasi yang boleh berlaku di tempat kerja. Cadangan akta terbabit juga dilihat penting kerana melaluinya ia dapat memberi keadilan kepada para pekerja serta pada masa yang sama dapat memberi satu bentuk perlindungan yang lebih jelas terhadap para pekerja dalam negara kita baik di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta daripada sebarang bentuk diskriminasi yang boleh berlaku di sesebuah tempat kerja.
BACA: Graduan kaum India, perempuan bertudung ditindas, sukar dapat temuduga - Kajian
Isu berkaitan dengan diskriminasi di tempat kerja mula mendapat tempat dalam negara kita beberapa tahun yang lalu selepas laporan berita yang menyatakan bahawa terdapat beberapa rangkaian hotel antarabangsa yang melarang pekerja wanita beragama Islam di bahagian khidmat pelanggan untuk memakai tudung. Walaupun isu berkenaan telah berjaya diselesaikan dengan cara yang baik, namun ia satu isu yang tidak boleh dipandang ringan kerana berkemungkinan terdapat isu lain yang hampir sama berlaku di tempat kerja. Kita perlu ketahui masalah diskriminasi di tempat kerja bukan sahaja meliputi masalah berkaitan dengan isu pemakaian pekerja malah ia juga boleh berlaku di dalam banyak perkara seperti masalah diskriminasi dari segi jantina atau gender, diskriminasi dari aspek agama atau kepercayaan, diskriminasi dari aspek bangsa, warna kulit dan keturunan, diskriminasi dari segi umur, diskriminasi terhadap orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain lagi.
BACA: Wanita ramai di IPT, tetapi kurang di alam pekerjaan - Kajian
Segala masalah diskriminasi yang berlaku di tempat kerja ini akan menghasilkan impak negatif bukan sahaja terhadap diri pekerja itu sendiri malah turut akan menjejaskan reputasi dan produktiviti jabatan, organisasi atau syarikat yang terlibat dengan masalah berkenaan. Walaupun negara kita sudah memiliki pelbagai jenis peruntukan undang-undang berkaitan dengan pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] namun ia dilihat tidak memadai bagi memberi perlindungan yang secukupnya terhadap isu yang berkaitan dengan masalah diskriminasi dalam negara kita. Sejajar dengan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan atau apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan”, maka cadangan bagi mewujudkan satu akta yang lebih khusus serta komprehensif bagi membendung masalah diskriminasi di tempat kerja diberi pertimbangan secara serius oleh pihak kerajaan untuk diwujudkan dalam negara kita.
BACA: Golongan LGBT tidak harus didiskriminasi di tempat kerja - Mujahid
Sehingga kini, sudah terdapat banyak negara dunia yang sudahpun memiliki akta yang sama atau yang hampir sama dengan cadangan anti diskriminasi yang telah dikemukakan seperti Australia (Sex Discrimination Act 1984), Austria (Equality of Treatment Act), Denmark [Gender Equality (Consolidation) Act], Finland (Act on Equality between Women and Men, 1995), Jerman (Act to Establish Equality for Men and Women), Guyana (Prevention of Discrimination Act, 1997), Honduras (Law on Equal Opportunities for Women), Iceland (Act on the Equal Status and Equal Rights of Women and Men), Ireland (Employment Equality Act, 1998), Jepun (Equal Employment Opportunity Act), Korea Selatan (Equal Employment Act), Lithuania (Law on equal opportunities), Malta (Equality for Men and Women Act), Mauritius (Sex Discrimination Act), Netherlands (Equal Treatment Act), Norway (Gender Equality Act), Romania (Law on equal opportunities), Africa Selatan (Employment Equity Act), Sweden (Equal Opportunities Act, 1991), Switzerland (Law on equality), Uruguay (Decree No. 37/997 regulating Law No. 16045 on the need for effective implementation of equality of treatment and opportunities at work), dan Venezuela (Organic Law on the Rights of Women to Fairness and Equality).
BACA: Realiti Graduan OKU di alam pekerjaan
Sudah sampai masanya untuk Malaysia memiliki akta khusus bagi membendung masalah diskriminasi di tempat kerja supaya sebarang bentuk diskriminasi yang berlaku di tempat kerja sama ada secara langsung atau tidak langsung dapat dinyatakan dengan lebih jelas melalui peruntukkan undang-undang khusus mengenainya. Pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia boleh mewujudkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada pakar tempatan, wakil industri dan wakil pekerja bagi mengkaji cadangan akta ini dengan lebih dekat. Dengan adanya undang-undang khusus terhadap isu terbabit, sebarang aduan berkaitan dengan diskriminasi yang berlaku di tempat kerja dapat disiasat dengan lebih efektif serta terperinci. Ia juga dapat memberi isyarat yang jelas kepada semua pihak dalam negara kita khususnya kepada para majikan di semua sektor pekerjaan bahawa masalah diskriminasi di tempat kerja tidak boleh dipandang ringan serta perlu diatasi dengan serius.
* Dr Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Muzaffar Syah Mallow
Sat Mar 09 2019
![Akta khusus larang diskriminasi di tempat kerja perlu diwujudkan Akta khusus larang diskriminasi di tempat kerja perlu diwujudkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552104522_SexualHarassment.jpg)
Cadangan bagi mewujudkan satu akta yang lebih khusus serta komprehensif bagi membendung masalah diskriminasi di tempat kerja diberi pertimbangan secara serius oleh pihak kerajaan. - Gambar hiasan
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
![Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734926952_SimTzeTzindialog.jpg)
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
![Tiada cadangan gubal akta khusus kawal selia penyedia platform media sosial - Fahmi Tiada cadangan gubal akta khusus kawal selia penyedia platform media sosial - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710398690_FahmiFadzil.jpg)
Tiada cadangan gubal akta khusus kawal selia penyedia platform media sosial - Fahmi
Kerajaan tiada cadangan untuk menggubal akta khusus bertujuan untuk mengawal selia penyedia platform media sosial.
![Malaysia perlu wujudkan akta regulasi platform media sosial - Fahmi Malaysia perlu wujudkan akta regulasi platform media sosial - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707022519_fahmisosialmedia.jpg)
Malaysia perlu wujudkan akta regulasi platform media sosial - Fahmi
Kesemua platform sosial media di Malaysia masih belum dikawal selia oleh mana-mana akta dan undang-undang.
![Pakatan perniagaan gesa rangka akta COVID-19; elak tindakan undang-undang Pakatan perniagaan gesa rangka akta COVID-19; elak tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587462028_courtgavelmahkam.jpg)
Pakatan perniagaan gesa rangka akta COVID-19; elak tindakan undang-undang
Penguatkuasaan akta sedemikian disifatkan amat penting bagi mengelak timbulnya banyak kes undang-undang.
![Akta khusus larang diskriminasi di tempat kerja perlu diwujudkan Akta khusus larang diskriminasi di tempat kerja perlu diwujudkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552104522_SexualHarassment.jpg)
Akta khusus larang diskriminasi di tempat kerja perlu diwujudkan
Kewujudan akta khusus yang melarang diskriminasi di tempat kerja terbabit dilihat kini menjadi satu keperluan untuk dilaksanakan bagi membendung sebarang perkara berbangkit.