Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses mengkaji semula Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 selepas terdapat persatuan peniaga mendakwa akta berkenaan menyekat kebebasan mereka berniaga dan ia tidak merangsang pelaburan.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya berharap satu mekanisme baharu dapat diadakan sebagai jalan penyelesaian supaya semua pihak iaitu peniaga dan pengguna berasa selesa.
"Jika bercakap soal kepenggunaan sudah tentu ada peniaga dan pembeli. Jika peniaga berhemah, sudah tentu pengguna akan membeli barangan secara selesa tanpa ada rasa syak wasangka.
"Hari ini apa yang membuatkan kita selesa adalah akta itu sendiri di mana ia dapat membuktikan banyak barangan dijual dengan harga yang berpatutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini malam tadi.
Beliau berkata kajian berkenaan dilakukan agar peniaga dapat merasakan terdapat keuntungan dan pengguna pula merasa harga berpatutan.
"Dalam isu ini, kita kena ada perjumpaan dengan semua pihak iaitu peniaga dan orang ramai supaya dapat mencari mekanisme baharu serta seterusnya memberikan keselesaan kepada semua pihak," kata Hamzah.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan bukannya untuk memberi ketidakselesaan kepada peniaga dan tidak timbul soal untuk menyekat peniaga daripada mencari keuntungan.
"Kita akan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi apa sahaja masalah yang timbul termasuklah membawanya ke jemaah menteri," katanya.
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dikuatkuasakan pada 1 April 2011 merupakan akta amat penting bagi pengguna kerana ia dapat melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Haris Husin dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Rohana Mohamed.
Bernama
Fri Aug 05 2016
HAMZAH: Peniaga dapat merasakan terdapat keuntungan dan pengguna pula merasa harga berpatutan.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
KPDNHEP Sabah keluarkan kompaun 15 peniaga gagal patuh SHMMP
Kira-kira 15 peniaga dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah
Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.
COVID-19: Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal!
Melampau!
RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu bermula 2020
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, ia akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) bermula.
Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga lebih ketat menjelang Ramadan - Najib
Kerajaan akan terus berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga.