Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 dengan empat kandungan utama - Daftar Kanak-kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan penalti - diwartakan hari ini setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian akan mengadakan kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat dan semua agensi bersiap sedia sebelum akta itu dikuatkuasakan sepenuhnya.
"Ini adalah hadiah Hari Raya buat kementerian setelah tiga tahun pelbagai pertemuan dibuat dalam usaha menambah baik akta ini bagi mengambil kira isu-isu semasa berkaitan kanak-kanak seperti pedofilia dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada Majlis Riang Ria Aidilfitri kementerian di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan Daftar Kanak-kanak, yang mengandungi rekod pesalah kes melibatkan kanak-kanak, diwujudkan sebagai rujukan kepada majikan terutamanya dalam sektor pekerjaan membabitkan kanak-kanak sebelum mengambil mana-mana individu untuk bekerja.
Data itu, yang diperoleh daripada pihak polis dan mahkamah, melibatkan individu yang pernah disabitkan kesalahan membabitkan kanak-kanak seperti kes rogol dan penderaan.
"Sektor pekerjaan terlibat adalah seperti pengasuh, pembantu rumah dan pengawal keselamatan di taska, tadika atau sekolah. Jika majikan ada rasa was-was, kita akan bantu membuat saringan," jelasnya.
Rohani berkata CSO pula merupakan program rehabilitasi kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah serta pesalah dewasa seperti ibu, bapa dan penjaga yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.
"Selain hukuman penjara dan denda, mereka boleh diberikan pemulihan dengan melakukan kerja-kerja komuniti seperti membersihkan sesebuah kawasan dan menjalani kaunseling serta program keinsafan dan keibubapaan," katanya.
Di bawah pindaan itu, mahkamah harus memberi keutamaan kepada penjagaan berasaskan keluarga semasa mengeluarkan perintah perlindangan kepada kanak-kanak yang terabai.
Menurutnya perintah penempatan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah menjadi pilihan terakhir bagi membolehkan kanak-kanak terbabit membesar dalam suasana kekeluargaan.
"Mereka boleh terus diberikan kepada keluarga angkat yang ada dalam senarai kita atau boleh diletakkan sementara di Rumah Tunas Harapan yang memberikan penjagaan berkonsepkan kekeluargaan supaya mereka dapat merasa kasih sayang berbanding di institusi," jelasnya.
Pindaan akta itu juga menaikkan hukuman denda kepada RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 31 iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.
Bernama
Mon Jul 25 2016
DATUK SERI ROHANI: Kementerian akan mengadakan kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat dan semua agensi bersiap sedia sebelum akta itu dikuatkuasakan sepenuhnya. -Gambar fail
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 diwartakan - Rohani Karim
Kementerian akan mengadakan kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat dan semua agensi bersiap sedia sebelum akta itu dikuatkuasakan sepenuhnya.