TANJONG KARANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak mencampuri urusan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang melibatkan dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.
Perdana Menteri berkata, jika Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yakin tidak melakukan sebarang kesalahan, beliau boleh membuktikan perkara itu di mahkamah.
Dalam masa sama, Anwar sekali lagi memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan menzalimi mana-mana pihak tidak kira perbezaan parti politik.
"Kamu kritik parti Perdana Menteri ni macam-macam... hari-hari maki, saya ambil tindakan? Tidak. Kalau saya saman, saya saman di mahkamah atau saya buat laporan polis (tetapi) saya tak ambil tindakan dan saya tak guna Akta Hasutan.
"Tetapi kalau caci raja, saya dah jawab itu had dia. Kerana raja itu dia atas (daripada) politik. Raja ini bukan ketua parti, dia ketua negeri dan ketua negara.
"Kamu nak main-main dan peleceh, boleh, (tetapi) jawab lah. 'Oh ini Kabinet dan Perdana Menteri takut kepada kami, itu salah guna kuasa'. Kalau saya dikritik, saya ambil tindakan, dah lama saya ambil.
"Kemudian (kata) kami tak hina pun Sultan Selangor. Tak apa, jawab kepada mahkamah," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H di Tanjong Karang pada Rabu malam.
Berucap lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata proses pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi dibuat mengikut lunas perundangan iaitu melibatkan siasatan polis dan Pejabat Peguam Negara sebelum dibawa ke mahkamah.
Selain itu Anwar berkata segelintir pihak tidak sepatutnya meluahkan kemarahan kepadanya kerana laporan terhadap Muhammad Sanusi antaranya dibuat oleh Dewan Diraja Selangor.
"Sultan Selangor anggap itu penghinaan, sebab itu Sultan Selangor sahkan Dewan Diraja buat laporan. Sultan Selangor sendiri buat kenyataan, dia (baginda) tak puas (hari) dan kes tak selesai.
"Kalau Raja kata tak selesai, siapa yang boleh selesai? Polis lah. Itu yang dia (polis) ambil tindakan," tambah Anwar.
Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menimbulkan rasa tidak setia terhadap mana-mana raja pada pukul 11 malam, 11 Julai lalu di simpang empat Taman Selayang Mutiara.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 19 2023
Perdana Menteri berkata, jika Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yakin tidak melakukan sebarang kesalahan, beliau boleh membuktikan perkara itu di mahkamah. - Gambar fail/BERNAMA
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.