KUALA LUMPUR: Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 (Akta A1644) akan berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan diraja pada 19 Jan lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Akta A1644 yang telah dimasukkan ke dalam warta pada 25 Jan lepas diharap mampu memberi solusi terbaik dalam menzahirkan usaha Malaysia menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan lebih efektif.
Beliau berkata akta itu merupakan instrumen perundangan utama negara dalam mendepani isu perhambaan zaman moden sekali gus membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia.
"Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan tindakan menangani kedua-dua jenayah yang dinyatakan, pindaan kepada akta ini telah dilaksanakan bagi memperkasa peruntukan berkaitan.
"Secara keseluruhannya, terdapat 17 peruntukan dipinda dengan penambahbaikan yang melibatkan pindaan bagi perkara-perkara yang berikut (antaranya) pindaan kepada tafsiran pemerdagangan orang dan pemansuhan tafsiran paksaan serta peningkatan hukuman penjara dan pengenaan hukuman sebatan," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata pindaan lain membabitkan peruntukan kesalahan yang lebih berat termasuk penjawat awam dan pewujudan kuasa menteri dalam pelantikan mana-mana pegawai awam sebagai penguatkuasa di bawah Akta 670.
Hamzah berkata pindaan turut melibatkan penambahan keanggotaan organisasi lain dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).
Katanya pindaan itu juga melibatkan peluasan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam pengurusan serta kawalan pegawai pelindung selain rumah perlindungan mangsa pemerdagangan orang.
Beliau berkata pendekatan menyeluruh kerajaan dan pendekatan menyeluruh masyarakat yang digunakan diyakini mampu menambah baik kedudukan Malaysia dalam sebarang penilaian antarabangsa sekali gus meningkatkan imej negara di mata masyarakat dunia.
"Seluruh lapisan masyarakat diseru untuk bersama-sama berganding bahu bersama kerajaan bagi membanteras jenayah ini dengan melaporkan sebarang maklumat melalui Chatbot di laman Facebook MAPO, e-mel mapo_tip@moha.gov.my dan talian 03-8000 8000," katanya.
Disember lepas, media melaporkan Persidangan Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021.
Rang undang-undang itu bertujuan memastikan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) selaras dengan kehendak Protokol Palermo dan Konvensyen ASEAN bagi Menentang Pemerdagangan Manusia terutama Wanita dan Kanak-Kanak (ACTIP).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Hamzah berkata akta itu merupakan instrumen perundangan utama negara dalam mendepani isu perhambaan zaman moden sekali gus membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Polis selamatkan wanita warga asing disyaki mangsa dera
Wanita berusia 41 tahun itu diselamatkan kira-kira 12.45 tengah malam selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 berkuat kuasa hari ini
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 (Akta A1644) akan berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan diraja pada 19 Jan lepas.
Polis selamatkan wanita Indonesia disyaki dieksploitasi majikan
Wanita berusia 26 tahun itu diselamatkan pada 5.45 petang oleh sepasukan anggota polis daripada jabatan itu susulan aduan awam.
Sindiket eksploitasi pembantu rumah warga asing tumpas
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket eksploitasi pembantu rumah dengan penahanan dua suspek yang dipercayai dalang utama kegiatan terbabit.