Menangkap kerbau liar bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kerbau yang rata-rata hidup meliar di sekitar Kampung Lukut di kawasan Kota Tinggi, di sini.

Dianggarkan lebih 130 ekor kerbau dibiarkan hidup meliar di ladang kelapa sawit kampung tersebut yang dimiliki 40 orang tuan.

Namun, menjadi persoalan, bagaimanakah hendak mengenali setiap kerbau yang perlu ditangkap?

Lukut
Proses melapah kerbau liar di kawasan Kampung Lukut, Kota Tinggi biasanya dijalankan sejurus selepas penangkapan dibuat. - Gambar yang dipetik daripada video Astro AWANI

“Kalau hendak tangkap, semua orang boleh tangkap, tetapi selain berani, si penangkap kerbau juga perlu kenal kerbau mana yang hendak ditangkap,” kata Nurul Hisham Nordin yang merupakan ketua penangkap kerbau atau digelar 'penanjo'.

Wartawan Asyraf Hasnan yang merasai sendiri cabaran disebalik menangkap kerbau liar di Kampung Lukut.