KUALA LUMPUR:Cabaran untuk mendapatkan akses Internet yang dihadapi oleh pelajar dan penduduk di kawasan Nanga Sumpa, Lubok Antu akhirnya berjaya diatasi.
Ini selepas mereka disediakan dengan capaian Internet menerusi teknologi Terminal Satelit Apertur Sangat Kecil (VSAT) di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Reach 10.
Berita gembira itu diumumkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Reach 10, Leo Chin, pihaknya gembira dapat menyediakan perkhidmatan liputan jalur lebar kepada penduduk di kawasan berkenaan yang terkenal dengan industri ekopelancongan.
“Ini adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menangani masalah Internet yang membelenggu penduduk dan pelajar sekolah di Nanga Sumpa.
“Dengan menggunakan teknologi VSAT, pelajar di kawasan ini dapat menyambung semula pembelajaran secara dalam talian, begitu juga dengan penduduk kampung yang kini dapat berhubung dengan dunia luar,” ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak berkata terdapat banyak kawasan di Sarawak yang masih belum dihubungkan dengan capaian Internet yang sempurna atas faktor geografi dan teknikal.
Bagaimanapun katanya, pihak SMA akan terus komited menyediakan jaringan telekomunikasi sewajarnya kepada pengguna di luar bandar, bukan sahaja di Nanga Sumpa.
"Sebagai kesinambungan dari inisiatif ini, SMA akan melancarkan Projek Multimedia Urban, Rural and Nation (SALURAN) 200 yang menyasarkan kampung seperti Nanga Jambu menjelang Februari, tahun depan," jamin beliau menerusi kenyataan sama.
BACA: SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak
Sebelum ini, Sambau Dugat, seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu mengiringi pelajarnya meredah hutan belantara bagi mendapatkan capaian internet yang baik di kawasan Nanga Sumpa.
Inisiatif murni guru ini sekali gus menarik perhatian ramai pihak termasuk SMA yang tampil dalam menyelesaikan masalah capaian internet di kawasan berkenaan.
BACA: Demi capaian internet, pelajar Lubok Antu redah bahaya hutan belantara
Nickyson Nyambar
Wed Nov 25 2020
![Akses Internet di Nanga Sumpa jadi kenyataan Akses Internet di Nanga Sumpa jadi kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606307128_SarawakRuralNanga.jpg)
Ia memberi manfaat yang cukup besar buat penduduk dan pelajar di Nanga Sumpa untuk meningkatkan lagi taraf hidup melalui kemahiran digitali. -Gambar/ Ihsan SMA
![Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720909841_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
![Rapid KL perkenal pas MyCity Dua Hari Rapid KL perkenal pas MyCity Dua Hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720909499_PasMyCity.jpg)
Rapid KL perkenal pas MyCity Dua Hari
Pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
![KPN perluas inisiatif 'Ini Warisan Kita', laksana empat program baharu - Aaron KPN perluas inisiatif 'Ini Warisan Kita', laksana empat program baharu - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720906912_AaronAgoDagangjpg.jpg)
KPN perluas inisiatif 'Ini Warisan Kita', laksana empat program baharu - Aaron
Empat program itu ialah Festival Budaya Warisan Sarawak, Festival Budaya Warisan Sabah, Kenali Minoriti Kita dan Bahasa Etnik Minoriti.
![Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720906874_PengecasEV.jpg)
Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul
Proses kelulusan sebelum ini melibatkan banyak agensi dan kementerian, termasuk Suruhanjaya Tenaga, PBT serta bomba.
![Paralimpik Paris: Pemilihan atlet berdasarkan potensi hadirkan pingat untuk Malaysia - MPM Paralimpik Paris: Pemilihan atlet berdasarkan potensi hadirkan pingat untuk Malaysia - MPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720906615_tbParisOlympic.jpg)
Paralimpik Paris: Pemilihan atlet berdasarkan potensi hadirkan pingat untuk Malaysia - MPM
Pemilihan dibuat berasaskan analisis yang dilakukan ke atas atlet dan diputuskan bersama antara MPM, MSN, ISN dan persatuan sukan terlibat.
![Johor teliti sukatan pelajaran, mata pelajaran di IPT selari kehendak pasaran Johor teliti sukatan pelajaran, mata pelajaran di IPT selari kehendak pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709630366_TBAZNANTAMINjp.jpg)
Johor teliti sukatan pelajaran, mata pelajaran di IPT selari kehendak pasaran
Aznan berkata, terdapat beberapa kursus ditawarkan yang tidak selari, selain tidak menepati keperluan pasaran.
![SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720875674_tbAmarAwangTengah.jpg)
SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah
Sebanyak 17 koperasi menerima kelulusan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dan bantuan terbabit.
Rapid KL perkenal pas MyCity dua hari
Prasarana dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna dengan memperkenal tawaran terbaharu yang menarik.
2,500 stesen sudah beroperasi di negara ini - Tengku Zafrul
Sebanyak 2,500 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) sudah beroperasi di negara ini berbanding 10,000 sasaran ditetapkan MITI.
Kerajaan bersetuju laksana VOP
Kerajaan bersetuju secara dasarnya untuk melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel sekali gus memastikan projek siap tepat pada masanya.
![Akses Internet di Nanga Sumpa jadi kenyataan Akses Internet di Nanga Sumpa jadi kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606307128_SarawakRuralNanga.jpg)
Akses Internet di Nanga Sumpa jadi kenyataan
Kini, pelajar dan penduduk di kawasan Lubok Antu itu dapat menikmati capaian jalur lebar dengan mudah dan pantas.
![SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605869866_SarawakMultimediaA.jpg)
SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak
Ini adalah sebagai penyelesaian kepada masalah capaian internet khasnya di kawasan tertumpu di luar bandar.