JOHOR BAHRU: Hanya kerana perselisihan faham, dua keluarga terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini pada Rabu.
Malah, pergaduhan yang turut menggunakan senjata itu tular dalam media sosial selepas seorang saksi di tempat kejadian dipercayai penduduk tempatan merakam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada jam 6.45 petang Rabu.
"Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara dua buah keluarga berpunca daripada masalah peribadi.
"Kejadian tersebut telah dirakam seseorang yang tidak dikenali dan telah tular dalam media sosial.
"Berdasarkan risikan dan maklumat, pihak polis telah berjaya 10 suspek berusia antara 12 hingga 45 tahun.
"Kesemua suspek juga sudah diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini pergaduhan tersebut yang melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai bergaduh dengan sebuah keluarga di PPR berkenaan tular sebelum kejadian itu disiasat pihak polis.
Rupiah berkata, kompaun sudah dikeluarkan terhadap semua suspek di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.
"Pergaduhan yang berlaku pula sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata," katanya.
Katanya, polis menanggap kes berkenaan sudah selesai dengan tertangkapnya semua suspek.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dan sebarang kejadian perlu dilaporkan ke balai berhampiran atau berhubung ke pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-556312222.
Artikel asal di Sinar Harian: Dua keluarga bergaduh guna senjata
Sinar Harian
Sat May 29 2021
![Akibat perselisihan faham, dua keluarga dirakam bergaduh guna senjata Akibat perselisihan faham, dua keluarga dirakam bergaduh guna senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622249759_gaduh.jpg)
Tular video pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
![Anggota polis cedera ditumbuk, 10 lelaki direman bantu siasatan Anggota polis cedera ditumbuk, 10 lelaki direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528909513_Tumbuk.jpg)
Anggota polis cedera ditumbuk, 10 lelaki direman bantu siasatan
Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cedera dipukul sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Sri Rampai, ibu negara pada Jumaat.
![Wanita warga emas ditemui maut dengan kecederaan di kepala Wanita warga emas ditemui maut dengan kecederaan di kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81519968357_MAYATGENERIC.jpg)
Wanita warga emas ditemui maut dengan kecederaan di kepala
Pihak polis memberitahu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang suspek sebelum kejadian.