Akibat dendam seorang lelaki nekad menetak seorang warga Singapura yang merupakan rakan seperguruan dalam satu kejadian di sebuah rumah milik sifu mereka di Aulong, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, lelaki berumur 23 tahun itu cedera parah apabila tapak tangannya hampir putus dan terdapat kesan tetakan pada bahagian kaki dan badan.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu di rumah terbabit yang dijadikan tokong kira-kira 4.06 pagi.
Beliau berkata sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian, lelaki warga Singapura itu telah dihantar ke Hospital Taiping kerana mengalami kecederaan akibat ditetak teruk oleh suspek berumur 33 tahun.
"Sebaik polis tiba di lokasi kejadian suspek sedang mengacukan parang pada leher gurunya (bomoh) berumur 70 tahun di dalam bilik tidur utama dengan pintu berkunci.
"Rundingan telah diadakan untuk memujuk suspek supaya melepaskan dan tidak mencederakan mangsa tetapi suspek enggan. Suspek tidak membuat apa-apa tuntutan dan apabila ditanya sebab menahan mangsa, suspek tidak memberi sebarang respons," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad berkata kira-kira dua jam kemudian suspek bersetuju melepaskan mangsa setelah dipujuk oleh pihak polis.
"Apabila mangsa keluar dari bilik tersebut, suspek telah mengunci semula bilik dan menahan pintu bilik dengan almari kayu. Mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata pihak polis kemudian merempuh pintu bilik tersebut dan masuk ke dalam apabila mendapati suspek mula mencederakan dirinya dengan parang dan pisau di dalam tandas bilik itu sebelum berjaya menangkapnya.
"Suspek mengalami kecederaan koyakan pada bahagian belakang kepala dan kesan tusukan di dada dan perut," katanya sambil menambah suspek juga dipercayai mempunyai masalah mental.
Mohamad berkata hasil siasatan mendapati perasaan dendam itu dipercayai berpunca daripada tindakan warga Singapura terbabit menunjukkan isyarat kotor kepada suspek semasa mereka bertengkar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 02 2018
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu di rumah terbabit yang dijadikan tokong kira-kira 4.06 pagi. - Gambar fail
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Mayat wanita reput ditemukan di belakang kuil
Mayat seorang wanita yang telah reput ditemukan di belakang sebuah kuil di Taman Zenith, di sini semalam.
Polis Taiping tingkatkan pemeriksaan bendung jenayah ragut
Langkah itu perlu bagi mengurangkan jenayah tersebut walaupun kes ragut tidak begitu ketara di daerah ini.
Tiga maut, seorang cedera kereta rempuh lori
Tiga maut selepas kenderaan mereka merempuh sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 225, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang pada Sabtu.
Akibat dendam lelaki nekad tetak rakan seperguruan
Akibat dendam seorang lelaki nekad menetak seorang warga Singapura yang merupakan rakan seperguruan dalam satu kejadian di sebuah rumah milik sifu mereka di Aulong, awal pagi tadi.
Sorok RM1 juta dalam kotak kasut, bekas Ketua Polis Daerah ditahan
Menurut sumber, suspek dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM70,000 melalui akaun bank milik isterinya daripada seorang ahli perniagaan wanita.