KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa syarikat kontraktor bagi pembangunan projek Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak tidak menerima bayaran selama tiga bulan kerana akaun Yayasan Akalbudi (YAB) telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Pengurus projek pembinaan Masjid Tuminah Hamidi Ramli Ngah, 56, berkata ekoran itu perjalanan pembinaan masjid berkenaan telah terganggu menyebabkan tempoh penyiapan masjid itu lewat daripada pelan asal tarikh siap.
"Sekitar pertengahan 2018, kerja pembinaan tersebut telah terhenti seketika kerana pada masa itu Yayasan Akalbudi telah disiasat oleh SPRM.
Sekitar empat ke lima bulan selepas itu, apabila telah mendapat kelulusan daripada Yayasan Al-Falah (milik keluarga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), barulah kerja pembinaan tersebut diteruskan semula iaitu pada awal tahun 2019," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Timbalan Perdana Menteri itu yang diperintah membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB.
Ramli yang bekerja di bawah syarikat Noble Energy Construction Sdn Bhd selaku kontraktor pembinaan masjid itu berkata beliau mengetahui bahawa pembinaan masjid berkenaan adalah sumbangan daripada Yayasan Akalbudi melalui Yayasan Al-Falah yang dilantik sebagai pemaju.
Katanya, pembinaan masjid itu bermula 12 Jun 2017 dengan upacara majlis pecah tanah tapak pembinaan dirasmikan oleh Ahmad Zahid ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan pada Julai 2017 kerja-kerja tapak projek pembinaan masjid telah dilakukan antaranya penanaman cerucuk dan pembinaan tapak.
Saksi pembelaan kesembilan itu berkata Ahmad Zahid kerap datang dan melakukan lawatan kerja pembinaan masjid berkenaan.
"Kebiasannya beliau (Ahmad Zahid) akan datang dalam sebulan sekali atau dua bulan sekali. Apabila datang, beliau akan memantau perkembangan pembinaan masjid ini dan untuk memastikan kerja-kerja pembinaan tersebut berjalan dengan lancar.
Apabila beliau datang melawat dan pihak kami ingin mengadakan mesyuarat pengurusan projek, beliau sendiri yang akan mempengerusikan mesyuarat tersebut," katanya.
Menjawab soalan peguam Aiman Abdul Rahman mewakili Ahmad Zahid, Ramli berkata masjid yang menelan kos RM43.7 juta telah siap pada April lalu dan digunakan pada Ramadan lepas walaupun ia belum dirasmikan.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Al Aula di Hutan Melintang Bagan Datuk, Mohd Sani Chik berkata pembinaan Masjid Al Aula juga adalah 100 peratus hasil sumbangan penuh daripada Ahmad Zahid.
"Saya masih ingat pada tahun 1998, saya bersama-sama arwah Haji Yusuf iaitu pengerusi kepada jawatankuasa pembinaan masjid tersebut ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Datuk Seri Zahid. Ketika itu Datuk Seri Zahid adalah Pengerusi kepada Bank Simpanan Nasional dan perjumpaan tersebut telah dibuat di pejabat beliau di bank tersebut.
Hasil daripada pertemuan itu, Datuk Seri Zahid bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM400,000 dengan memberi cek peribadi atas nama beliau kepada kami. Cek tersebut diisukan atas nama Masjid Al Aula," kata saksi pembelaan ke-10 itu.
Ahmad Zahid dalam keterangan pada April tahun lepas berkata antara sumbangan Yayasan Akalbudi khususnya di Bagan Datuk, termasuk Ihya Ramadan untuk fakir, asnaf, anak yatim, penambahbaikan dan penambahan bangunan baharu Surau Kampung Parit 25 dan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa syarikat kontraktor bagi pembangunan projek Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak tidak menerima bayaran selama tiga bulan. - Gambar fail
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
Gencatan senjata: Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
Kebuluran di Gaza: Risiko masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Ancaman kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat sementara waktu berikutan peningkatan besar bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah itu semasa gencatan senjata.
Konflik Gaza: Pakistan, OIC kecam cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.
Qatar kecam kenyataan provokatif Netanyahu
Kementerian Luar Qatar mengecam kenyataan yang disifatkan sebagai provokatif oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung cadangan penubuhan negara Palestin di wilayah Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Qatar menegaskan kenyataan tersebut merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Qatar menegaskan kenyataan tersebut merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Palestin perlu hidup aman dengan Israel – PBB
Satu-satunya penyelesaian kepada konflik Hamas dan Israel adalah dengan mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam hantaran di X, ini bagi memastikan rakyat Palestin mampu hidup berdampingan denga aman dan selamat bersama Israel.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam hantaran di X, ini bagi memastikan rakyat Palestin mampu hidup berdampingan denga aman dan selamat bersama Israel.
Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.
Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.
Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan mereka disambut penuh emosi oleh ahli keluarga serta wakil kerajaan.
HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
Op Sky: Tiga selebriti dirakam keterangan, SPRM fokus lengkapkan siasatan
Tiga selebriti telah dirakam keterangan pada Khamis bagi siasatan lanjut berhubung Op Sky melibatkan pinjaman peribadi penjawat awam.
Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam
Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac atau April ini.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Astro AWANI difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.