Bekas Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar hari ini membuat laporan polis mendakwa namanya telah digunakan untuk membuka akaun Twitter palsu yang turut mengandungi gambarnya.
Status tweet itu antara lain cuba memburuk-burukkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut, berkenaan isu minyak masak.
Raja Ahmad membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini, meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Sambil menyatakan rasa kesalnya terhadap perkara tersebut, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak itu berkata, beliau tidak mengetahui apakah motif pihak berkenaan.
“Sebagai orang yang waras, saya tidak akan membuat perkara macam ini, yang saya anggap serius, itu sebab saya segera buat laporan polis sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya oleh seorang kawan, malam tadi,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Selain pihak polis, Raja Ahmad berharap agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dan mengambil tindakan tegas.
Beliau berpendapat, tindakan tegas perlu bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada orang lain.
“Jika pihak berkuasa telah mengenal pasti pihak yang terlibat, saya juga akan mengambil tindakan undang-undang,” tegasnya.
Beliau bagaimanapun percaya, pihak yang mengunakan akaun Twitter palsu itu berniat jahat, tambahan pula beliau tidak lagi aktif di dalam politik.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 11 2016

Raja Ahmad membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh, meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab membuka akaun Twitter palsu. - Foto Astro AWANI.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Akaun Twitter palsu, Raja Ahmad buat laporan polis
Status tweet itu antara lain cuba memburuk-burukkan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan isu minyak masak.