KUALA LUMPUR: Kempen penyebaran maklumat salah dalam media sosial di Malaysia mungkin didalangi pemilik akaun palsu, menurut Lynas Rare Earth.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat perlombongan nadir bumi berpangkalan di Australia itu memberitahu syarikat tersebut menjadi subjek kempen berkenaan selama beberapa tahun oleh akaun yang dikaitkan dengan kempen Dragonbridge.
Lynas memaklumkan perkara itu didedahkan dalam taklimat oleh Mandiant, sebuah firma keselamatan siber Amerika.
Laporan itu turut mendedahkan bukti penglibatan secara langsung dan bersama antara akaun media sosial pro-China Dragonbridge dan aktivis anti-Lynas di Malaysia tidak didorong oleh kebimbangan sebenar masyarakat atau alam sekitar.
"Ini menunjukkan potensi akaun media sosial dimanipulasi untuk mempromosikan maklumat salah atau melaungkan suara aktivis dengan agenda yang mementingkan diri sendiri," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa kempen digital dikenali sebagai Dragonbridge telah membanjiri Twitter dan Facebook dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan catatan yang menimbulkan kebimbangan alam sekitar dan kesihatan terhadap operasi beberapa firma perlombongan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
![Akaun media sosial palsu dikaitkan dengan kempen maklumat salah di Malaysia Akaun media sosial palsu dikaitkan dengan kempen maklumat salah di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621343420_TBKESBUNUHjpg.jpg)
Lynas memaklumkan perkara itu didedahkan dalam taklimat oleh Mandiant, sebuah firma keselamatan siber Amerika. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza bukan sahaja terus kuat kerana semangat rakyatnya, tetapi juga kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.
![Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729809923_VladimirPutin.jpg)
Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan
Pertimbang pendaftaran genom wajib bagi anggota tentera serta orang awam yang terlibat dalam operasi ketenteraan khas.
Hamas bebas tiga tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720589679_tbAlexanderNantaLi.jpg)
Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya
Nanta juga meminta orang ramai agar melaporkan sebarang akaun mencurigakan yang menyamar sebagai Menteri Kerja Raya atau Ahli Parlimen Kapit.
![Jangan terperdaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal - Kesultanan Pahang Jangan terperdaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal - Kesultanan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719853683_TBpahang.jpg)
Jangan terperdaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal - Kesultanan Pahang
Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.
![Akaun media sosial palsu dikaitkan dengan kempen maklumat salah di Malaysia Akaun media sosial palsu dikaitkan dengan kempen maklumat salah di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621343420_TBKESBUNUHjpg.jpg)
Akaun media sosial palsu dikaitkan dengan kempen maklumat salah di Malaysia
Kempen penyebaran maklumat salah dalam media sosial di Malaysia mungkin didalangi pemilik akaun palsu, menurut Lynas Rare Earth.