KOTA TINGGI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meminta Akademi Sains Negara melaksanakan kaji selidik bagi mendapatkan data tepat peratusan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikatakan tidak mahu menyambung pelajaran.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kaji selidik dibuat bagi mengesahkan kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Julai lepas yang memaklumkan lebih 70 peratus lepasan SPM enggan menyambung pelajaran.
Beliau berkata, hasil kaji selidik itu akan dibentang kepada kerajaan untuk tindakan susulan, kerana seandainya angka itu tepat, ia merupakan satu isu membimbangkan yang boleh merencatkan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
"Isu 70 peratus pelajar lepasan SPM tidak berminat melanjutkan pelajaran merupakan isu yang perlu disahkan. Saya telah arahkan Akademi Sains Malaysia membuat kaji selidik semula, adakah peratusan itu tepat atau tidak?" katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Merdeka Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022, di sini, hari ini.
"Kerana kalau angka menunjukkan 70 peratus tak minat sambung belajar, ia satu kerugian kepada negara, jadi langkah langkah selanjutnya perlu kita laksanakan supaya perkara ini tak jadi bebanan awal untuk kita lahirkan generasi berteknologi tinggi yang berminat dengan sains dan inovasi," katanya.
Sementara itu, Adham berkata, 1.67 juta penyertaan Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 direkodkan sehingga semalam di seluruh negara melibatkan sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan individu yang sedang membuat penyelidikan.
Jumlah itu melebihi sasaran asal iaitu 1.5 juta penyertaan sehingga Oktober.
Sejak dilancarkan 1 April lalu, 175 program berkaitan sudah dianjurkan. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
![Akademi Sains Negara diarah jalani kaji selidik isu pelajar SPM, STPM tidak minat sambung pelajaran Akademi Sains Negara diarah jalani kaji selidik isu pelajar SPM, STPM tidak minat sambung pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660297500_AdhamBaba.jpg)
Akademi Sains Negara melaksanakan kaji selidik bagi mendapatkan data tepat peratusan pelajar lepasan SPM dan STPM yang dikatakan tidak mahu menyambung pelajaran. - Gambar fail BERNAMA
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Akademi Sains Negara diarah jalani kaji selidik isu pelajar SPM, STPM tidak minat sambung pelajaran Akademi Sains Negara diarah jalani kaji selidik isu pelajar SPM, STPM tidak minat sambung pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660297500_AdhamBaba.jpg)
Akademi Sains Negara diarah jalani kaji selidik isu pelajar SPM, STPM tidak minat sambung pelajaran
Kaji selidik dibuat bagi mengesahkan kenyataan DOSM yang memaklumkan lebih 70 peratus lepasan SPM enggan menyambung pelajaran.