KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, airasia melancarkan kempen kesedaran awam, #TimeToListen untuk menghentikan stigma dengan menonjolkan individu yang berjaya mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial serta menyediakan platform untuk mereka bersuara.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjangnya, airasia hari ini melancarkan video berdurasi lima minit yang memaparkan pelbagai kisah dan pengalaman hidup mereka yang mewakili dan merangkumi kepelbagaian.
Menurut Ketua Pegawai Jenama airasia, Rudy Khaw, meletakkan kemanusiaan sebagai keutamaan mencetus inspirasi kepada airasia untuk melancarkan kempen ini.
Katanya, adalah penting bagi syarikat tersebut melaksanakan kempen #TimeToListen dengan sejujurnya.
“Selepas beberapa perbincangan yang mendalam dan membuka mata, kami memutuskan cara terbaik untuk memperkasakan individu yang telah menghadapi prejudis dan diskriminasi sepanjang hidup mereka adalah dengan menawarkan platform untuk mereka didengari.
“Kami percaya jenama kami akan mencapai lebih ramai orang untuk berkongsi kisah mereka dan kami berbangga kerana dapat menyediakan platform ini.
“Dengan mendengar kisah mereka yang diceritakan dengan suara mereka sendiri, kami berharap ia akan dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan semua orang untuk menghargai kepelbagaian di sekeliling kita secara kolektif,” kata Rudy dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa.
Beliau berkata, personaliti-personaliti yang dipaparkan dalam video tersebut ialah:
1) Airliftz (penyanyi rap dan penerbit tempatan dengan kecacatan wajah)
2) Andi Miranti (pengarang dan ilustrator dengan autisme)
3) Solomon Lim (pemandu kereta dengan kecacatan pendengaran)
4) Dinesh Raj (Allstar yang kurang upaya dari segi fizikal berikutan kemalangan)
5) Puan Shiella (ibu tunggal kepada dua orang anak dan terselamat daripada perkahwinan yang malang dan kini menguruskan badan NGO)
6) Catherine – salah seorang daripada pemimpin termuda dalam perniagaan airasia
Setiap seorang daripada personaliti ini berkongsi kisah yang mempunyai mesej yang kuat dengan harapan dapat menggalakkan orang ramai untuk melihat prejudis yang mereka hadapi dan menghentikan stigma itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, airasia sentiasa mengutamakan orang ramai dan syarikat itu percaya peluang sama rata harus diberikan kepada semua orang untuk menjadi yang terbaik tanpa mengira kepercayaan, warna kulit, jantina, umur dan kecacatan mental atau fizikal.
“Kami memahami ramai orang dilayan secara berbeza di tempat kerja atau dalam masyarakat berikutan perkauman, seksisme, usia dan prejudis lain yang berleluasa dalam sistem kehidupan kita.
“Kami ingin membuka mata dan memulakan perbualan berkaitan stigma sosial dan mewujudkan ruang yang selamat di mana individu boleh meluahkan perasaan mereka secara bebas tanpa dihakimi.
“Sebagai perintis dalam mewujudkan kesaksamaan, kami berbangga kerana dapat memperbaharui komitmen untuk menghapuskan stigma dan memperjuangkan kepelbagaian bukan sahaja di tempat kerja tetapi dalam masyarakat yang lebih luas,” kata Tony.
Fasa kedua kempen tersebut yang akan bermula pada bulan Mac adalah pelancaran platform di mana airasia menjemput orang ramai untuk berkongsi kisah mereka, atau mencalonkan dan berkongsi perjalanan individu yang telah melalui prejudis atau diskriminasi.
Platform ini adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menceritakan kisah dari perspektif mereka sendiri dengan matlamat utama untuk menyedarkan dan menghapuskan stigma melalui kempen #TimeToListen airasia.
Astro Awani
Tue Feb 22 2022

Kempen #TimeToListen ilham airasia adalah untuk menghentikan stigma dengan menonjolkan individu yang berjaya mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

airasia lancar #TimeToListen, galak golongan berdepan prejudis, diskriminasi bersuara
Kempen #TimeToListen hentikan stigma dengan menonjolkan individu yang berjaya mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial.