PORT DICKSON: Majlis Perbadanan Port Dickson (MPPD) tidak akan memperbaharui lesen peniaga yang mengenakan caj air suam RM2 di Medan Selera Seri Bayu di sini yang berakhir bulan lalu.
Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, tindakan itu diambil susulan aduan diterima sekali gus bagi mengelakkan perselisihan faham dengan peniaga lain yang mendakwa turut terkesan disebabkan tindakan caj makanan mahal dikenakan.
"Kita bagi tempoh sehingga Mac ini kepada peniaga tersebut untuk mengosongkan kedai dan kita terpaksa ambil tindakan ini kerana kedai itu sudah banyak kali tular.
"Ia menganggu perniagaan peniaga lain dan memberi imej negatif terhadap kawasan medan selera itu. Mungkin dia boleh berniaga di tempat lain selepas ini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Ujarnya, beliau tidak menafikan dengan kos sara hidup dan harga barang mentah yang meningkat menjadi salah satu faktor peniaga mengenakan caj mahal.
Bagaimanapun katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan semata-mata sehingga mengenakan harga yang tidak munasabah.
"Bila timbul cerita macam ini sedikit sebanyak timbul persepsi negatif kepada peniaga makanan lain di Port Dickson yang dicop mahal.
"Tapi ia mungkin berlaku kepada sebilangan kecil peniaga saja dan setakat pemerhatian saya harga makanan di Port Dickson masih berpatutan," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah kedai makan mengenakan caj RM2 untuk air suam dan RM1 untuk air kosong.
Resit berkenaan dikongsi seorang pelanggan pada hantaran Facebooknya pada Selasa sehingga menjadi tular.
Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM102.
Dia turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika pergi makan di kedai berkenaan yang terletak di Port Dickson. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023

Media sebelum ini melaporkan sebuah kedai makan mengenakan caj RM2 untuk air suam dan RM1 untuk air kosong. - Sinar Harian

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Air suam RM2: Lesen peniaga tidak akan diperbaharui - MPPD
MPPD tidak akan memperbaharui lesen peniaga yang mengenakan caj air suam RM2 di Medan Selera Seri Bayu di Port Dickson yang berakhir bulan lalu.