KUALA LANGAT: Penduduk di sekitar Kuala Langat termasuk Bukit Changgang diingatkan supaya berwaspada dan berjaga-jaga berikutan kebimbangan banjir disebabkan limpahan air di kawasan tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan itu boleh terjadi sekiranya berlaku pertembungan antara fenomena air pasang besar dan hujan lebat.
"Jadi, ini kawasan yang kita pasti kemungkinan air akan naik. Contohnya, malam tadi di Kuala Langat kita dapati beberapa tempat iaitu di Sungai Nangka dan Kampung Kelanang berlakunya pemindahan penduduk seramai lebih kurang 20 orang, melibatkan enam keluarga.
"Jadi, kita memang bersiap sedia. Di Kuala Langat sendiri kita telah menempatkan anggota di Dewan Kelanang dan di Bukit Changgang pula kita tempatkan (anggota dari) Balai Bomba dan Penyelamat KLIA untuk kerja-kerja pemantauan, dan melakukan kerja pengamatan jika berlaku limpahan air,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Isnin.
[LAPOR LANGSUNG] Paras sungai tahap bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Terdahulu, Norazam meninjau kerja-kerja penambatan tanah di lokasi ban pecah di Tanah Rancangan Baharu (RTB) Bukit Changgang.
Mengulas lanjut, beliau berkata operasi turut dijalankan bagi memantau fenomena air pasang besar yang dijadual berlaku sehingga Rabu ini.
Katanya lagi, seramai lapan anggota ditempatkan untuk kerja-kerja pemantauan dan persediaan awal di Kampung Bukit Changgang, dengan dibantu oleh agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Dalam hal ini kita bersama ketua kampung telah memaklumkan supaya penduduk berjaga-jaga, dan bersedia dipindahkan pada bila-bila masa sahaja jika limpahan air berterusan berlaku memasuki kampung dan perumahan,” tambahnya.
Berdasarkan Info Banjir JPS, setakat pukul 4 petang, air Sungai Langat di Bukit Changgang berada pada paras amaran iaitu 4.19 meter berbanding 3.8 meter (normal).
Hasimi Muhamad
Mon Jan 03 2022

Bomba turut menjalankan operasi bagi memantau fenomena air pasang besar yang dijadual berlaku sehingga Rabu ini. - Gambar fail/ Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.