Keperibadian dan kasih seorang anakanda yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah menyentuh hati semua yang berada di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 10.40 pagi dengan diiringi anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, meruntun hati semua yang berada di Balairung Seri apabila baginda dilihat sebak dan kerap mengesat air mata.
Suasana bertambah sebak apabila baginda memeluk kekanda-kekanda baginda di hadapan jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Sultan Abu Bakar yang ditempatkan di ruangan tengah Balairung Seri itu.
Al-Sultan Abdullah seterusnya berkenan menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman, dan sekali lagi dilihat mengesat air mata sebaik sahaja solat selesai.
Baginda seterusnya memeluk dan dilihat menenangkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sebelum itu memberi ruang kepada Al-Sultan Abdullah untuk memberi penghormatan terahir kepada almarhum.
Almarhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Sultan Pahang kelima mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi semalam, dan Istiadat Pemakaman Diraja dijadualkan selepas Zohor hari ini.
Al-Sultan Abdullah yang difahamkan berada di luar negara semalam, bergegas berangkat pulang ke sini bagi menziarah dan menghadiri istiadat tersebut.
Baginda turut berkenan mencemar duli bertemu dengan orang kenamaan, rakyat dan pelajar tahfiz yang berada di Balairung Seri, yang merupakan peribadi baginda untuk menyantuni mereka pada setiap acara di istana.
Sepanjang bertemu rakyat, Al-Sultan Abdullah yang berkabung dengan pakaian serba putih juga beberapa kali dilihat mengeluarkan sapu tangan untuk mengesat air matanya.
Baginda seterusnya berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Ali yang tiba pada 11.05 pagi bagi memberi penghormatan terakhir dan antara pembesar negara yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Setakat pukul 12.05 tengah hari, Istana Abu Bakar terus menerima kunjungan tetamu kenamaan yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.
Jenazah almarhum dijadualkan akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah di sini dengan menaiki Pedati Diraja yang akan ditarik anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia pada 1 tengah hari untuk disolatkan dan dimakamkan di Makam Diraja di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019
Yang Di-Pertuan Agong tidak dapat menahan sebak pada Istiadat Pemakaman Almarhum Paduka Ayahanda di Makam DiRaja Pekan hari ini. Turut kelihatan, Raja Permaisuri Agong dan Tengku Mahkota Pahang. --fotoBERNAMA
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India dinaik taraf secara berfasa - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India di ibu kota ini secara berfasa sebagai usaha berterusan meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.
Istiadat Pertabalan Agong ke-16 mempunyai signifikan tersendiri
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini mempunyai signifikan tersendiri, bukan sahaja bagi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong
Air mata Agong lambang kasih seorang anakanda
Suasana bertambah sebak apabila baginda memeluk kekanda-kekanda baginda di hadapan jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Sultan Abu Bakar.