Hari Raya Aidiladha kali ini mengingatkan umat Islam di negara ini tentang erti kesabaran dan berlapang dada dalam menempuh kesukaran hidup, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Muhyiddin berkata rakyat di negara ini secara keseluruhannya telah melakukan pengorbanan sepenuh jiwa dan raga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa pada waktu ini.
"Alhamdulillah, hasilnya kita telah berjaya mengawal penularan wabak COVID-19. Namun begitu, saya hendak mengingatkan bahawa kita masih belum berjaya sepenuhnya dalam memerangi wabak itu. Malaysia dan banyak negara lain masih belum diisytiharkan bebas daripada pandemik ini.
"Bahkan sejak mutakhir ini, terdapat sedikit peningkatan kes-kes positif COVID-19 di negara kita. Justeru, kita tidak boleh leka dan alpa. Sebaliknya kita mesti terus berusaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha malam tadi.
Muhyiddin berkata bersempena dengan sambutan Aidiladha mulai esok sehingga 13 Zulhijjah, rakyat diingatkan agar melaksanakan ibadah korban dengan penuh penghayatan di samping mematuhi SOP yang ditetapkan.
Mengambil maklum ramai yang akan melaksanakan ibadah korban, iaitu suatu ibadah yang sangat dituntut oleh syarak, beliau telah memperincikan mengenai SOP yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam di negara ini.
"Hadkan jumlah yang hadir di tempat penyembelihan tidak melebihi 20 orang bagi seekor lembu. Anda juga tidak dibenarkan mengadakan kenduri di tempat ibadah korban dijalankan. Apabila selesai sahaja memotong dan membahagikan daging korban, segeralah pulang ke rumah masing-masing.
"Di rumah pula, pastikan jumlah sanak-saudara yang datang berziarah tidak melebihi 20 orang pada satu masa. Elakkan bersalam-salaman. Jika di rumah anda ada ahli keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah, beritahu sanak-saudara, jiran dan sahabat jangan datang ziarah. Ini bahaya," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ahli keluarga yang sedang menjalani kuarantin tidak keluar dari rumah.
"Jangan dia pula yang berjalan ke sana ke sini. Saya dapat laporan ada dalam kalangan mereka yang sedang menjalani kuarantin di rumah keluar dari rumah. Ini satu kesalahan berat. Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang melanggar arahan kuarantin.
"Seperkara lagi, hari Raya Aidiladha esok jatuh pada hari Jumaat. Saya pasti masjid di pekan-pekan kecil dan kampung-kampung akan menjadi agak sesak bukan sahaja semasa solat sunat Aidiladha, tetapi juga semasa solat Jumaat diadakan. Ini kerana ramai perantau pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya.
BACA: PM pesan ikut SOP, jangan berjalan ke sana ke sini sambut Aidiladha
Beliau turut meminta kerjasama imam, bilal, tok siak dan semua ahli jawatankuasa masjid supaya kawal keadaan dengan memastikan jarak yang selamat antara makmum selain kawalan terhadap pergerakan keluar dan masuk masjid supaya teratur.
Muhyiddin berkata tujuan beliau menjelaskan mengenai SOP secara agak terperinci adalah sebagai peringatan kepada umat Islam yang menyambut perayaan itu dan pada hari-hari tasyrik.
"Saya nak mengingatkan juga jika kita tidak peka dan berhati-hati, kemungkinan jangkitan COVID-19 merebak semasa musim perayaan ini adalah tinggi. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku. Jadi, lebih baiklah kita beringat dan berwaspada.
"Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, saya berdoa semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT. Ibadah ini merupakan tanda ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Allah," katanya.
MUHYIDDIN-AIDILADHA 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, kepada bakal jemaah haji yang tertangguh peluang menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini akibat wabak COVID-19, beliau berdoa semoga umat Islam berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.
Beliau percaya umat Islam menerima ketentuan ini dengan penuh redha, sabar dan berlapang dada serta menyifatkannya sebagai pengorbanan yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
"Raikanlah Aidiladha secara bersederhana sebagaimana tuntutan syariat dan hayatilah erti pengorbanan di sebalik Aidiladha pada kali ini. Tanpa mengenal erti putus asa, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga wabak COVID-19 segera berakhir.
"Sesungguhnya, pertolongan dan rahmat Allah itu sangat hampir kepada hamba-Nya yang bertakwa. Maka tingkatkanlah ketakwaan kita dan berdoalah kepada-Nya. Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan dan kita beroleh kemenangan," katanya.
Muhyiddin mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
Muhyiddin menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Raya Aidilhadha di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 30 Julai, 2020. --fotoBERNAMA
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.