KUALA LUMPUR: Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid berhujah pemborong tekstil yang juga saksi pendakwaan ke-36, Junaith Asharab Md Shariff yang telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.
"Junaith dalam keterangannya berkata ia adalah sumbangan peribadi beliau atau derma untuk tujuan keagamaan atau kebajikan, yang bertujuan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz.
Pertuduhan nombor 12 dan 13, daripada 47 pertuduhan yang dihadapi anak guam saya tidak boleh dipertahankan, kerana keterangan telah menunjukkan RM13 juta yang dikaitkan dengan pertuduhan itu adalah untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk," katanya dalam hujahan balas di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Hisyam kemudian merujuk mahkamah kepada keterangan saksi, Junaith yang menyatakan bahawa beliau (Junaith) dan adik kepada Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi pergi berjumpa Ahmad Zahid di kediamannya untuk menyerahkan cek bagi tujuan kebajikan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz itu.
"Semasa pemeriksaan balas Junaith, beliau juga telah mengesahkan bahawa 13 dan 10 cek dari dua syarikat, Mastoro Kenny dan syarikat tekstil yang diusahakannya, Berani dan Jujur Trading adalah untuk tujuan amal dan derma.
"Malah semasa pemeriksaan balas, Junaith juga mengesahkan tertuduh tidak pernah menjanjikan sebarang projek MyEG," katanya.
Hisyam seterusnya menegaskan dakwaan bahawa cek itu diberikan sebagai dorongan agar tertuduh mendapatkan projek untuk Mastoro Kenny adalah tidak berasas.
Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan - 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Pihak pembelaan akan menyambung penghujahannya pada 20 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
![Ahmad Zahid tidak pernah janji projek MyEG kepada ahli perniagaan - Peguam Ahmad Zahid tidak pernah janji projek MyEG kepada ahli perniagaan - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631007755_TBZAHIDHAMIDIjpg.jpg)
Ahmad Zahid menghadapi 47 tuduhan - 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Foto BERNAMA
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638773362_TBZahidHamidi.jpg)
Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal
Beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.
![Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621761836_MahkamahTinggi.jpg)
Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.
![Pakatan Nasional: Dr Mahathir tanya Ahmad Zahid ada sokongankah? - Kadir Jasin Pakatan Nasional: Dr Mahathir tanya Ahmad Zahid ada sokongankah? - Kadir Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561445100_AKadirJasin.jpg)
Pakatan Nasional: Dr Mahathir tanya Ahmad Zahid ada sokongankah? - Kadir Jasin
Terdahulu, Dr Mahathir menafikan beliau mempelawa UMNO dan PAS untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.