KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau terkejut apabila seorang rakan kongsi Tetuan Lewis & Co telah melakukan kesilapan dengan menyatakan firma guaman itu memegang amanah dana milik Yayasan Al-Falah.
Ahmad Zahid, 69, berkata perkara itu dinyatakan oleh peguam B. Muralidharan yang merupakan saksi pendakwaan ke-87 semasa memberi keterangan di mahkamah.
Yayasan Al-Falah adalah milik keluarga Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu adalah adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Ahmad Zahid berkata setelah mendengar keterangan Muralidharan, beliau berbincang bersama barisan peguamnya dan dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
Kepada soalan peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal, mengapa laporan polis dibuat selepas saksi memberikan keterangan di mahkamah, Ahmad Zahid berkata beliau hanya mengetahui perkara itu semasa di mahkamah.
"Saya berbincang dengan peguam untuk mencari jalan terbaik...kebenaran harus ditegakkan, maka laporan polis dibuat sebagai bukti bahawa ia (keterangan) telah disalah anggap dan bagi membetulkan persepsi salah yang dilakukan oleh saksi," katanya yang mengenali Muralidharan, yang juga pemegang amanah YAB di satu majlis perkahwinan di Kuala Lumpur sejak 30 tahun lalu.
"Dakwaan tersebut adalah tidak betul dan tidak berasas. Saya menyatakan bahawa semasa di peringkat pendakwaan, saksi-saksi pendakwaan telah dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan dan semua saksi-saksi ini merupakan penderma-penderma Yayasan Akalbudi yang telah memberi keterangan langsung dan melalui rakaman percakapan mereka di mahkamah, mereka memberitahu mereka telah membuat sumbangan bagi tujuan kerja-kerja amal jariah," katanya.
Ahmad Zahid berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018, dan kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini pada tarikh sama.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak pernah meminta tiga cek berjumlah RM2 juta daripada pengarah Profound Radiance Sdn Bhd, Azlan Shah Jaffril di tiga lokasi berasingan di Putrajaya.
Ahmad Zahid berkata beliau juga tidak pernah meminta wang tersebut daripada mana-mana pihak dari syarikat pemprosesan visa itu dan perkara berkenaan disahkan oleh Azlan Shah, yang merupakan saksi pendakwaan ke-38 semasa memberi keterangan di mahkamah.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak menerima dana-dana ini secara rasuah kerana dana-dana ini adalah atas tujuan amal jariah dan sumbangan politik sebagaimana yang dinyatakan Azlan Shah di mahkamah," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan keterangan Azlan Shah di mahkamah, cek pertama berjumlah RM300,000 telah diletakkan di atas meja di pejabatnya, cek kedua RM1 juta diserahkan semasa beliau sedang berjalan menuju ke kereta selepas selesai satu majlis di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Putrajaya, pada 4 Jan 2018 manakala cek RM700,000 diberikan di Seri Satria.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 27 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Yayasan Al-Falah adalah milik keluarga Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu adalah adiknya. - Gambar fail/Bernama
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Ahmad Zahid terkejut peguam nyatakan firma guaman pegang dana Yayasan Al-Falah
Yayasan Al-Falah adalah milik keluarga Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu adalah adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Kes Zahid Hamidi: Lebih RM9.3 juta dipindah kepada Yayasan Al-Falah selepas PRU14 - Saksi pendakwaan
Hasil siasatan dia juga mendapati pengeluaran wang tersebut dibuat atas arahan Ahmad Zahid selaku penandatangan tunggal bagi badan tersebut.
Perbicaraan kes Zahid Hamidi: Saksi tidak tahu mengenai sumbangan RM10 juta kepada Yayasan Akalbudi
Wong Hee Sing, 65, berkata, beliau juga tidak mengetahui mengapa syarikat itu membuat pembayaran kepada Yayasan Akalbudi menerusi Messrs Lewis & Co.
Zahid beri 92 cek berjumlah RM76.9 juta kepada firma guaman - Saksi
Sebuah firma guaman menerima 92 cek berjumlah RM76,967,355.41 daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh dua tahun, bagi dana itu disimpan dalam akaun Yayasan Al-Falah.