PUTRAJAYA: "Insya-ALLAH saya akan tunaikan amanah ini sebaik mungkin," kata Peguam Negara yang baharu dilantik, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Terdahulu, beliau memulakan tugas rasminya pada pagi Rabu dengan melakukan daftar masuk kehadiran menerusi sistem dalam talian sebaik tiba jam 8.15 pagi.
Kehadirannya disambut oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan serta ketua-ketua bahagian Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ahmad Terrirudin, 55, dalam pada itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana memperkenankan lantikannya.
Pelantikan Ahmad Terrirudin dibuat bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Ia sekali gus mengembalikan kedudukan lantikan jawatan itu dalam kalangan pegawai jabatan tersebut.
Sebelum ini tiga penyandang terdiri daripada orang luar bermula Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tan Sri Tommy Thomas dan Tan Sri Idrus Harun yang masing-masing adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam.
Kali terakhir Peguam Negara dalam kalangan pegawai kanan agensi itu adalah Tan Sri Abdul Gani Patail yang memegang jawatan tertinggi itu antara 2002 dan 2015. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023
Ahmad Terrirudin mendaftar masuk kehadiran di lobi AGC pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
Isu tular: Hentikan kutipan 'sumbangan hargai jasa Peguam Negara'
Kutipan sumbangan bagi menghargai jasa Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang bakal bersara pada 11 Nov ini telah dihentikan.
JKPK undang Peguam Negara, bekas Peguam Negara beri penjelasan bulan depan
JKPK mengundang Peguam Negara dan bekas Peguam Negara untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit pada sidang Dewan Rakyat.
Ahmad Terrirudin mulakan tugas rasmi sebagai Peguam Negara
Beliau memulakan tugas rasminya pada Rabu dengan melakukan daftar masuk kehadiran menerusi sistem dalam talian sebaik tiba jam 8.15 pagi.
Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara tepat - Azalina
Ini adalah kerana kedudukan Ahmad Terrirudin yang merupakan Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara.
Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Negara, ganti Idrus
Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Rabu depan bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.
Mahkamah tiada kuasa bicarakan saman berkaitan projek HSR - Peguam Cara Negara
Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan saman berhubung keputusan Jemaah Menteri yang membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
Prosiding reman semasa PKP akan diadakan di balai polis
Ketua Hakim Negara telah bersetuju dengan permintaan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menjalankan prosiding reman di balai polis di seluruh negara.