Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mulai tahun depan, satu kaedah pelaksanaan pengibaran Jalur Gemilang akan dilancar.
Di bawah kaedah ini, pengibaran Jalur Gemilang akan bermula di kuarters kerajaan di Putrajaya diikuti premis swasta dan rakyat secara individu.
Beliau membuat kenyataan itu selepas kecewa dengan sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara pada sidang media mengenai Konsert Harmoni dan Uniti, yang menggabungkan artis Malaysia dan Indonesia termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Rossa.
Ahmad Shabery berkata rakyat Malaysia seharusnya mencontohi negara jiran yang begitu bersemangat mengibarkan bendera mereka pada sambutan bulan kemerdekaan bagi menunjukkan kecintaan kepada tanah air.
Menyifatkan negara sedikit terkebelakang dalam hal sebegini, beliau berkata pihaknya akan meneliti langkah proaktif yang boleh dilaksana bagi menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang.
"Saya ingin mencadangkan satu kajian dibuat sebelum mewujudkan apa-apa undang-undang di bawah pihak berkuasa tempatan, yang boleh memastikan semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab mengibarkan Jalur Gemilang, terutama pada bulan kemerdekaan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Shabery menyaksikan pemeteraian perjanjian antara syarikat telekomunikasi Maxis dan Telin Malaysia, syarikat usaha sama antara Compudyne Sdn Bhd dan Telekomunikasi Indonesia.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, yang ditemui pemberita pada majlis 'Pocket Show 2013' anjuran Jabatan Penerangan, berharap Jalur Gemilang yang diedar sepanjang program itu dapat mempertingkat semangat cinta kepada negara dalam seluruh lapisan masyarakat.
Terdahulu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang Frankie Gan Foon Zin.
Turut menerima Jalur Gemilang ialah Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pudu Hue Teng Hing dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Razak Mansion Kamarulzaman Mat Shah.
Bernama
Sun Aug 25 2013


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sajian program menarik sempena pelancaran Bulan Kebangsaan di Ipoh
Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlah Shah, Ipoh, akan disempurnakan PM Anwar.

Semangat patriotisme penting dalam dunia globalisasi - Zulkifli
Islam menggariskan dengan jelas tentang patriotisme khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara.

S. Pavithra kekal ikon anak Bandar Raya Ipoh - MBI
Rumaizi berkata, ini kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar Pavithra, 28, kepada MBI berhubung penolakan tersebut.

COVID-19: Kibar Jalur Gemilang solidariti buat barisan hadapan - KTMB
Inisiatif itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat KTMB dalam usaha memberi kesedaran dan galakan, menyokong usaha kerajaan memerangi COVID-19.

Tidak kira kaum, hina ATM tindakan jijik, tak boleh diterima - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata, pasukan pertahanan itu seharusnya dipandang tinggi atas pengorbanan selama ini dalam memastikan keamanan negara.

Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini amat bermakna kerana bermula di Melaka - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang menjadi amat bermakna pada tahun ini kerana ia bermula di Melaka.

Ahmad Shabery : Kaedah pengibaran Jalur Gemilang dilancar tahun depan
Bermula di kuarters kerajaan di Putrajaya diikuti premis swasta dan rakyat secara individu.