KUALA LUMPUR: Semua ahli UMNO perlu terus mencurahkan khidmat bakti agar dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat, selain tidak boleh terus terbuai dan berasa selesa dengan kejayaan lepas kerana ia boleh mendatangkan kerugian kepada parti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perjuangan UMNO yang bersifat kebangsaan, bukanlah hanya untuk mendapatkan kuasa tetapi bagi mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada parti.
"Tanpa itu, kita boleh bertanya pada diri kita apa lagi yang tinggal pada parti ini? apa lagi makna kehadiran UMNO di pentas politik orang Melayu? Oleh itu, setiap daripada kita perlu memainkan peranan di lingkungan masing-masing untuk menjayakannya," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata semua ahli juga mesti menonjolkan keunggulan dan keunikan UMNO sebagai gerakan kebaikan, yang memperjuangkan masa depan orang Melayu.
"Pelbagai perkara telah diungguli UMNO, antara lain penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tabung Haji dan terkini inisiatif pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi anak-anak orang Melayu.
"Semua ini perlu diuar-uarkan bagi mengangkat peranan UMNO yang berbeza dengan parti-parti yang lain," katanya.
Mohamed Khaled berkata keberadaan UMNO di dalam kerajaan MADANI juga sebagai jajaran strategi politik dan UMNO masih kekal menjadi satu-satunya jurucakap orang Melayu yang memperjuangkan soal kepentingan dan nasib mereka.
"Dengan sedikit kuasa yang ada, selain dapat berkhidmat dengan baik, kita juga mempunyai kesempatan untuk memulih dan merawat semula parti ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Mohamed Khaled berkata perjuangan UMNO yang bersifat kebangsaan, bukanlah hanya untuk mendapatkan kuasa tetapi bagi mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada parti. - Gambar fail
Perang dagang tidak halang pertumbuhan sektor teknologi
Sektor teknologi diramal masih mampu berkembang kukuh, walaupun wujud ketidaktentuan susulan perang dagang amerika syarikat dan china, kata penganalisis

Kes Syed Saddiq: 'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah
Bella Astilah akan hadir ke Mahkamah Rayuan mengikuti prosiding kes membabitkan Syed Saddiq.
TNB terus kekal sebagai pelaburan stabil
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilihat sebagai pelaburan stabil berikutan daya tahan pendapatannya selain penilaian yang sederhana di sebalik ketidaktentuan pasaran

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Syarikat OGSE perlu jalin kersama strategik sesama mereka
Ada keperluan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia, menjalin kerjasama strategik sesama mereka

Boling: Muhammad Hafiz sedia pertahan gelaran di Terbuka Malaysia 2025
Muhammad Hafiz menganggap usahanya untuk mempertahankan gelaran dalam Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2025, sebagai pertarungan antara dirinya dan jatuhan pin.
Sektor Perdagangan Runcit Meningkat 8.2% pada Januari 2025
Pada Januari 2025, sektor perdagangan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 8.2% tahun ke tahun, mencerminkan permulaan yang positif untuk tahun ini. Peningkatan perbelanjaan dalam kategori makanan, minuman, tembakau, dan kedai bukan khusus menjadi pendorong utama, meskipun ada penyesuaian dasar seperti harga diesel yang lebih tinggi. MIDF Research optimis terhadap daya beli pengguna, yang didorong oleh kestabilan pasaran pekerjaan dan sokongan dasar kerajaan. Selain itu, sektor pelancongan yang berkembang pesat dan peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa memberikan potensi besar untuk perniagaan berfokuskan pengguna.
AI, E-Dagang pacu kestabilan sektor logistik domestic
Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil pada 2025, dengan dipacu pertumbuhan E-Dagang dan kitaran menaik teknologi global yang dipacu permintaan kecerdasan buatan (AI)
10 serangan AS sasar kawasan di Yaman
Sekurang-kurangnya 10 serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan kawasan di Yaman, termasuk ibu kota Sanaa pada awal pagi Rabu.
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.

Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin
Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.

Mesyuarat Kumpulan Kerja ADSOM buka tirai pemukiman ADMM di Pulau Pinang
Lebih 150 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN dijangka menghadiri pemukiman kali ini.

Kerajaan lulus bina projek RKAT bernilai RM156 juta di Butterworth - Mohamed Khaled
Kerajaan bersetuju meluluskan pembinaan baharu projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bernilai RM156 juta di Pangkalan Udara Butterworth.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.

Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.