Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', suatu kecenderungan yang beliau katakan akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah.
"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti...janganlah tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?" katanya pada majlis jamuan malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Ahad.
Abu Kassim berkata SPRM, yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, bersama rakannya dari Hong Kong dan Singapura adalah antara badan pencegahan rasuah tertua di dunia, dimana tugas mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa, terutama oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya sebelum 1990, hanya terdapat 20 badan pencegah rasuah di seluruh dunia, tetapi sekarang, jumlahnya bertambah kepada 150 dan ini mencerminkan wujudnya kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya memerangi penyakit itu.
Abu Kassim berkata, penambahan lima panel yang dianggotai 42 personaliti daripada pelbagai profesion dalam SPRM sejak 2009, memastikan siasatan terhadap kes rasuah dilaksanakan secara bebas, tanpa unsur takut dan pilih kasih.
Kata beliau, sebagai contoh, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dianggotai enam anggota Parlimen dan seorang senator, termasuk daripada parti pembangkang.
"Saya tabik kepada anggota kesemua lima panel ini atas tugas yang telah mereka laksanakan dalam memastikan segala-galanya dapat dibongkar dalam penyiasatan kami. Bagaimanapun, kami tetap dituduh melakukan penyiasatan berpilih.
"Saya ingin mengulangi jaminan bahawa oleh kerana SPRM dipantau dengan teliti oleh panel ini, tidak mungkin perkara itu boleh terjadi," katanya.
Abu Kassim berkata, adalah menjadi kewajipan mana-mana masyarakat sivil yang begitu membenci rasuah untuk tidak membiarkan badan seperti SPRM 'dihina dan ditekan' oleh mana-mana pihak.
Menurut beliau, ia juga menjadi kewajipan masyarakat untuk melobi agar undang-undang pencegahan rasuah yang sudah lapuk, dimansuhkan dan bukan menuduh SPRM tidak mengambil tindakan sewajarnya kerana SPRM hanya boleh bertindak dalam lingkungan undang-undang yang ada.
Sehubungan itu, beliau menyentuh tentang undang-undang yang membenarkan saudara mara terdekat pegawai awam seperti menteri untuk memohon tanah atau konsesi balak. Di bawah undang-undang ini, tidak menjadi kesalahan sekiranya seorang menteri telah mengisytiharkan kepentingannya berhubung permohonan itu, sebelum ia diluluskan.
"Orang ramai perlu menyokong undang-undang yang menggariskan 'larangan penuh' bagi saudara mara terdekat seseorang menteri untuk terlibat dalam proses membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata setiap orang perlu memainkan peranan untuk menjadikan SPRM lebih kuat dalam usahanya memerangi rasuah.
Katanya SPRM kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada maklumat atau laporan orang ramai untuk bertindak terhadap tuduhan rasuah, tetapi juga mempunyai pegawainya yang menjalankan tugas penyamaran dan perisikan.
Tindakan secara proaktif dan preemptif ini berjaya membongkar lebih banyak kes, terutama terhadap pemberi, bukan sahaja memberi tumpuan terhadap penerima rasuah seperti sebelum ini, kata beliau.
Astro Awani
Mon Dec 10 2012
![Ahli politik diminta 'jangan tembak SPRM dari belakang' Ahli politik diminta 'jangan tembak SPRM dari belakang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51355137509_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ahli politik diminta 'jangan tembak SPRM dari belakang' Ahli politik diminta 'jangan tembak SPRM dari belakang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51355137509_295x200.jpg)
Ahli politik diminta 'jangan tembak SPRM dari belakang'
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik semua parti, tidak 'menembak SPRM dari belakang'.