BUKIT MERTAJAM: Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM534,500 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan 'phone scam' yang mendakwa mangsa terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San, berkata wanita berusia 53 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin, selepas menyedari telah menjadi mangsa sindiket penipuan.
"Mangsa mendakwa telah menerima panggilan dari suspek pertama yang menyamar sebagai pegawai dari 'Pos Laju' dan memaklumkan terdapat satu bungkusan yang tidak dituntut atas namanya yang mengandungi barang salah seperti kad pengenalan serta kad bank milik orang lain.
"Selepas itu, mangsa terima panggilan dari suspek kedua yang menyamar sebagai anggota polis dari Kontijen Perlis yang akan mengambil laporan polis kerana ada individu lain telah menggunakan maklumat wanita tersebut untuk barangan salah terbabit," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, wanita itu kemudiannya telah dihubungi oleh suspek ketiga yang menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan mangsa telah terlibat dalam penyeludupan dadah serta pengubahan wang haram dan diminta untuk laporan diri setiap empat jam sekali kepadanya.
Tan berkata kemudian wanita itu telah diminta oleh suspek ketiga tersebut untuk memuat turun aplikasi 'BNM' dan turut mengarahkan untuk membuka akaun bank yang baharu jika tidak mahu ditahan oleh pihak polis.
Katanya, suspek turut mengarahkan wanita itu memasukkan maklumat akaun bank yang baharu dibuka dalam aplikasi 'BNM' tersebut dan memindahkan wang mangsa sebanyak RM466,500 ke akaun bank tersebut kononnya bagi tujuan siasatan.
"Selain itu, mangsa juga diarahkan untuk tidak menyentuh akaun dan wang dalam akaun aplikasi tersebut selama tiga bulan dan dalam masa sama wanita itu turut diarahkan oleh suspek ketiga untuk melakukan tiga kali pindahan wang ke dua akaun berbeza membabitkan jumlah RM68,000," katanya.
Katanya, wanita itu hanya menyedari telah ditipu setelah membuat semakan terhadap akaun banknya dan mendapati wang simpanannya sebanyak RM534,500 telah dipindahkan ke beberapa akaun lain.
"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan suspek dan rangkaian sindiket yang terlibat dalam kegiatan itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
![Ahli perniagaan wanita rugi RM534,500 jadi mangsa 'phone scam' Ahli perniagaan wanita rugi RM534,500 jadi mangsa 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM534,500 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan 'phone scam' yang mendakwa mangsa terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram, baru-baru ini. - Gambar hiasan
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734510864_TBCourtHammer.jpg)
Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.
![Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734213823_PrinceAndrewDuke.jpg)
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
![Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731219385_Neneksubahattebu.jpg)
Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.
![Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730704026_TBMahkamahSesyen.jpg)
Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.
![Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727156801_TBMKumar.jpg)
Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
![GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729243335_TBCourtHammer.jpg)
GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.
![Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724213449_Ahliperniagaan.jpg)
Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.
![Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592811843_jail.jpg)
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
![Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.
![Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699011916_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.