Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan gelaran palsu pada Januari lalu.
Irwan Mohd Nor, 43, dituduh menggunakan gelaran 'Dato' Sri Panglima' bagi maksud persendirian tanpa kebenaran bertulis dari Sultan Perak.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Kampung Rapat Jaya Tambahan, 20 Januari lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 3(1)(a), Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 3(3) enakmen sama.
Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,00 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim, di hadapan Hakim Murtazadi Amran manakala tertuduh diwakili peguam Aiman Ariff Abdul Azij.
Terdahulu Yusaini Amer memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan awam.
Bagaimanapun Aiman Ariff memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah kerana tertuduh merupakan penanggung tunggal dua isteri dan sembilan anak yang tidak bekerja selain turut menghidap kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan pemantauan berkala doktor.
Murtazadi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.
Mahkamah menetapkan 16 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Sep 15 2017
![Ahli perniagaan dituduh guna gelaran palsu Ahli perniagaan dituduh guna gelaran palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/41505464244_GelaranDato.jpg)
Irwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan gelaran Dato Sri Panglima tanpa kebenaran Sultan Perak, Januari lepas. --fotoBERNAMA
![Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720426569_SyedHussain.jpg)
Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.
![Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690789637_RahmadMariman.jpg)
Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu
Kecanggihan teknologi maklumat dan multimedia khususnya menerusi media sosial antara cabaran besar dalam memerangi penyebaran hadis daif dan palsu secara sengaja atau sebaliknya.
![Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717000513_TBWAHIDOMAR.jpg)
Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta
Bursa Malaysia mengemas kini sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tahun kewangan 2024 (TK2024) daripada RM293 juta hingga RM323 juta kepada RM361 juta hingga RM379 juta.
![KPT lihat keperluan tambah tenaga pengajar politeknik, kolej komuniti KPT lihat keperluan tambah tenaga pengajar politeknik, kolej komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719390587_DrZambryAbdulKadi.jpg)
KPT lihat keperluan tambah tenaga pengajar politeknik, kolej komuniti
Langkah itu bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar selain mengambil kira beberapa bidang baharu yang bakal diperkenalkan.
![Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715152285_DatukSeriFatimahA.jpg)
Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.
Respons positif daripada platform media sosial - Fahmi
Platform media sosial memberi respons positif terhadap keperluan pelesenan di bawah kerangka kawal selia baharu untuk penggunaan internet lebih selamat kanak-kanak dan keluarga, yang akan dilaksanakan pada tahun depan,
Dalam pertemuan dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di Singapura, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mereka mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses itu.
Dalam pertemuan dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di Singapura, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mereka mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses itu.
Gua Niah dijadikan produk pelancongan antarabangsa
Pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal dijadikan satu lagi produk pelancongan bertaraf antarabangsa di negeri itu.
Ribuan rakyat Palestin mula pulang ke kawasan kediaman
Ribuan rakyat Palestin akhirnya pulang ke kawasan perumahan mereka di Khan Younis, selatan Gaza pada Selasa, selepas rejim Zionis menamatkan pencerobohan yang berlarutan selama berminggu-minggu, atas alasan ingin menghalang Hamas daripada berkumpul.
badan kesihatan rasmi Palestin berkata, anggota mereka telah berjaya menemukan 42 mayat Palestin yang terbunuh sepanjang pencerobohan Israel di Timur Khan Younis.
badan kesihatan rasmi Palestin berkata, anggota mereka telah berjaya menemukan 42 mayat Palestin yang terbunuh sepanjang pencerobohan Israel di Timur Khan Younis.
Lelaki didakwa cetus kebakaran dahsyat California
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa menjadi dalang mencetuskan kebakaran hutan dahsyat di California, Amerika Syarikat, sehingga ia tular dan mendapat perhatian seluruh dunia.
London semakin panas?
'Kalau pada awalnya hari seperti ini amat disukai, tetapi kalau selalu dah jadi membimbangkan.' Itu kata salah seorang pelancong yang ditemu bual Reuters melihat kepada cuaca panas yang kini jadi luar biasa, lebih-lebih bagi negara yang sinonim dengan cuaca sejuk. Adakah ini permulaan kepada kelaziman iklim panas berpanjangan di United Kingdom? Dengarkan apa kata pelancong mengenai perubahan iklim yang melanda dunia ketika ini.
![Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592811843_jail.jpg)
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
![Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.
![Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699011916_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.
![Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715668963_TBCourtHammer.jpg)
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
![Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000 Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712120465_TBAhliperniagaan.jpg)
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.
![Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
![Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711708421_gaveltukulmahkam.jpg)
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
![Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020605_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.
![Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708079775_DatukRazaliIdris.jpg)
Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo
Bermula dengan hobi memelihara binatang, seorang ahli perniagaan melangkah lebih jauh apabila memutuskan untuk membuka zoo.
![SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706687857_SPRMLogoSPRM.jpg)
SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.