Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan bekas pegawai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 56 pertuduhan membuat tuntutan palsu, tiga tahun lepas.
Datuk Kok Chung Fui, 43, dan William AK Edmund Silla, 43, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Kok, yang merupakan pengarah CK Oil and Gas Sdn Bhd, menghadapi 28 pertuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM789,360, kepada Petronas Carigali, manakala William yang merupakan pegawai penyelaras di sebuah GLC berdepan 28 pertuduhan bersubahat dengan Kok.
William didakwa menandatangani invois bagi bekalan bahan berkenaan sedangkan dia tahu bahawa ia adalah tuntutan palsu, dan tidak pernah dibekalkan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Scomi Oiltools Sdn Bhd, Labuan Integrated Base, Labuan, pada 18 Sept, 2013.
Kok didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala William mengikut Seksyen 28 yang dibaca bersama-sama Seksyen 18 (1) (b) akta sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai barang yang dibuat tuntutan palsu atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pegawai pendakwa daripada SPRM Rozanna Abd Hadi memohon supaya kesemua 56 pertuduhan dibicarakan bersama-sama.
Abu Bakar membenarkan Kok dan William masing-masing diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Korventt Wheezer, juga diperintah melapor diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017
Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan bekas pegawai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa di Mahkamah Sesyen di Labuan. - fotoBERNAMA
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pencapaian Malaysia membanggakan, tapi jangan berpuas hati
Kerajaan tidak boleh berpuas hati walaupun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan.
Tingkatkan siap siaga hadapi segala kemungkinan
Ibu bapa pantau keadaan anak sepanjang cuti persekolahan, terutama melarang bermain air ketika banjir.
200 rumah di Nibong Tebal hampir tenggelam
Lebih 200 rumah di lima kampung di Nibong Tebal, Pulau Pinang dinaiki air susulan hujan lebat.
Cuti anggota dan pegawai bomba Kedah dibekukan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah membekukan cuti anggota dan pegawai susulan situasi banjir dan fenomena air pasang besar.
Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Ringgit terus positif, naik 7.86 peratus sehingga kini berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2535/2645 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ahli perniagaan dan bekas pegawai GLC didakwa buat tuntutan palsu
Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan bekas pegawai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 56 pertuduhan membuat tuntutan palsu.