KOTA BHARU:Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan mengugut mahu membelah kepala dan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya pada 16 Jan lepas.
Tertuduh, Razali Daud, 64, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Mengikut pertuduhan pertama, Razali didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan isterinya, Nurhaslinda Anuar, 43, untuk mengambil pisau dan membelah kepala wanita itu, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A iaitu hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Pasir Puteh, Kubang Kerian, di sini pada 11.30 pagi, 16 Jan.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata dan bibir selepas ditampar serta dihentak ke dinding oleh tertuduh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shahril Ramli menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Ahmad Adha Amir Yasser Amri yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh mempunyai lima orang anak dan masih menanggung seorang daripadanya yang berusia 14 tahun.
“Anak guam saya juga menanggung ibunya berusia 82 tahun yang sedang sakit dengan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM3,000 sebulan untuk ‘nursing care’ dan ubat-ubatan. Selain itu, anak guam saya juga mempunyai penyakit tekanan darah tinggi serta kebimbangan melampau (anxiety disorder) dalam dirinya,” katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta menetapkan 25 Mac ini sebagai sebutan semula kes.
Tertuduh membayar jaminan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta menetapkan 25 Mac ini sebagai sebutan semula kes. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Datuk didakwa tipu projek lebuh raya tak wujud babitkan RM5.5 juta
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menipu berjumlah RM5.5 juta melibatkan sebuah projek lebuh raya tidak wujud.
Ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa ugut belah kepala, cederakan isteri
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata dan bibir selepas ditampar serta dihentak ke dinding oleh tertuduh.