Menurut portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan berkenaan diadakan di Kingwood Resort Mukah dan bertemakan warna putih dan merah jambu.
Majlis tersebut bermula dengan Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum upacara pertukaran cincin antara pasangan terbabit sambil disaksikan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

Pada sebelah petang, pasangan berkenaan berjalan ke dalam dewan diiringi muzik 'beraboh'.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan) , Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat, lapor Borneo Post Online.